Labels

Labels

:: Kalau Comel Click Ler::

Tuesday, April 26, 2011

I'm the new nigella lawson..wo0t..wo0t..o.0

hey there!

we are coming back for the new season with your new host replacing the old one..

representing...



"Cik Ratu Air Mata"

PAAAANNGG!!!!

huahuahua..

bab2 merepek mmg ko cukup teror kn cik paghah..haha!
sorry guys..sejak ak telah menjadi wanita TIDAK bekerjaya ni agak sewel ckit perangai ak..ditambah pula dengan pelbagai masalah bagai jatuh dihempap KLCC kiranya hidup ak skang ni..hukhuk..

bertabah la Farah Umaina
(konon2 ada org ckp kat ak cmtu n tepuk2 bahu ak ckit untuk bg semangat)
T_T

okeh..oleh disebabkan ak ada terlalu banyak masa lapang..so, I bake!! ceh..tetibe nak mo0d omputeh..watdehel..

yela..ddk umah dr xuatpe baik la ak melengkapkan diri dengan ilmu umah tangga ni..bukan utk sape pun..utk ak jgk nnt..huahua..ckp nak ala2 org tua..kehkeh..ak slalu gak menyibuk dan mengacau mak ak kat dapur skang..n ak jgk skang slalu menjenguk website Dapur Tanpa Sempadan oleh Mat Gebu..

bler dah bkk website tu tau je la..cpt je terliur dan tanpa membuang masa ak pun try la resipi2 dia..
resipi kat DTS ni snang sgt nak ikt..n bahan2 dia pun senang nak cari..sblm ni ak try uat pastry..
wa cakap sama lu beb..mmg menjadi..skang ni msk bakeri pandang pastry pun sblh mata jek..hehe..
berlagak x gua..hahaha..

hek eleh..xcaya??

xcaya..layanlah gambar kat bawah ni..

amacam.. steady..??

tapi kali ni ak try uat cupcakes pulak..OREO cupcakes!! mm..yummeh2..^_^


OREO CUPCAKES
 
BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
2 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
5 keping biskut oreo, kisar halus bersama krim dia sekali

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, sedia kan cup untuk cupcake, ketepikan. Dalam mangkuk pemutar, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sebati. Jangan terlebih putar yea.
  2.  Isi 1/2 (jika anda ingin sapu buttercream) atau 3/4 penuh dalam setiap cup (jika nak gebu macam mat punya tuu). Buat hingga siap. Bakar selama 10 - 15 minit bergantung pada oven masing2 (mat bakar 15 minit). Sejukkan atas jaringan sebelum dihias atau dihidang begitu sahaja....

haa..senang je kan..coz uat ni xsampai RM20 pun klu nak dibandingkan dengan apa yang kita beli kat luar..korg leh decorate lg cupcakes korg dan yang paling besh..dpt makan panas2..fresh from oven omputeh ckp..hehe..okla..cakap banyak pun x guna..jom kte tgk hasilnya..



yang ni sblm masuk oven..see..nampak suci je kn oreo cupcakes ak..ngehehe..mat gebu ckp suh letak 3/4 of cup adunan tu..ak pun letakla..skali hamik kau..berlambak keluwaw cupcake ak..hehe..tp jgn risau..still maintain chumelz..kihkih..


tadaaa...kn dah cakap..chumel je kn..(harusla amik yang paling chumel nak letak dlm blog) hihi..

cuma ak xpandai nak uat icing bagai atas cupcake tu supaya nmpak lg meletupz..xpe2..itu ak akan belajar kemudian..yang pasti ak dah try buat..happy sgt!! wee..^_^

klu korang de masa free try la cuba jgk k..tata..

Wednesday, April 20, 2011

Andainya lelaki tahu...


 korang...


wa nga sedey ni..sobs2..
besela..dah nama pun cik ratu kn...
nak share something ni, layanz je la...
wa nak g nangis laju2 jap...T_T


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda...



that's all...
harap boleh jadi renungan untuk kita bersama..

Sunday, April 17, 2011

Memang CUN!!! d(^_^)b

SURPRISE!!!


haa..terkejut x??

tetibe rajin plak kn nak menghapdate blog ku yg dah agak berhabuk ni..

maap kn sy yer cik bloggie..

ekceli kte majuk ckit xde spe nak bce or komen2 blog kte ni..

asyik kte jek yg baca ngan komen2 blog org..

udoh ghupe stalker pun ada gak..

huhu..T_T


sudah! sudah! xperlu kau menangis disini lg..


teehee..


k xpe la u'olls..I hapdate jela yer..ekceli today...I g tgk wayang..hee..dah lame xtgk wayang..so arini g la tgk cte CUN! ala..yg maya karin ngan remy ishak berlakon tu..haa..bwh ni poster they alls..

haa..dr tagline dia pun korg akn tau jln cte dia cm ne kn..first of all,ak mmg xbpe nak setuju la kn bler they alls ni bergabung dlm cte ni..(jeles2) tp so far, lepas tgk cte ni kira ok la gabungan they alls ni..kira ada chemistry la gitu..waahh!! over tau bg komens..hikhik..

cte ni mengisahkn luna latisya (maya) bkn luna crayon yer kengkawan..hihi..keje sbgai pengacara rancangan meletops! yg ala2 melodi tu..then disebabkn keje beliau selalu mencari gosip dan menjatuhkan maruah artis2 lain perkara ni berbalik smula kepada dia..boifren luna a.k.a buaya darat dlm cte ni ialah jehan miskin..telah terkantoi dgn sndirinya oleh luna dan disebabkn kecewa luna ni balikla kmpung PA dia..kuntum (faezah elai)..kmpung tu nama dia kmpung mata ayer..kedah habaq hang..start dr cni la luna tu berjumpa ngan hero kampung, atan (remy ishak) and family PA dia yg mmg sporting..haa..smpai part cni dah mmg best dah..klu nak tau lg, g la tgk sdiri..lemak ah nak bgtau sme..hehe...

paling ak ske cte ni lawak dia lite n easy la..cte ni leh uat ak tergelak xingt dunia then tbe2 ley uat ak nanges plak..huhu..besela..kn cik ratu..huhu..remy ishak mmg menjadi la character org kampung..selekeh2 tp macho..hiks! ak ske kuntum (faezah elai) ngan manis (adik atan) pnye lakonan..mmg besh sgt..lg satu ak ske part atan tackle luna..sweet jek..alalaaa...

overall rating for this movie 4/5 bintang..weewitt tinggi tu!! 
abg remy..nak sain!! 

ok..enough gediks!

teehee...

b4 g tgk movie tu singgah jln tar g beli kain uat baju raya..opps! beli lagi..hee..kaler plum2 tomei nama dia...pastu g makan kat sweetchat..terpengaruh bler baca blog cik epal ritu..ahaks!! ak order sama kot ngan apa yg cik epal makan tu..tp mmg sedaplah kn..rasa "free" coz ada org tu belanja..hehe..maceh yer awak..^_^ senyum la tu baca ni..hehe..layanz la gambar kat bawah ni..nak kasi korg terliur lak..hehe..


tropical punch n ice chocolate..yummeh!

dua2 sedap..uat spe yg craving chocolate tu..leh la minum ice chocolate tu..rasa dia cm chocotop kat sundae mcd tu..haa..tropical punch tu cm 7up dia cmpur ngan perisa strawberry cm tu..sdap gak..klu dah senak mkn minum tropical punch tu much better dr ice chocolate tu..klu korg xmo perut korg meletop la...huhu..

ye..encek model kte ni mkn curry laksa set..dpt tropical punch tu ngan sweet potato menda tah..cm pemanis mulut gak la..sedap2!! sme sedap..tp disebabkn ak pnye sedap sgt..maka telah abis dimakan smpai xsempat nak amik gmbar..hee..ak mkn honey bbq chicken burger..two tumbs up for sweetchat n encek yg sudi membelanja sy..yeay!! d(^_^)b

sy0k gila habaq hang!!
hehe..

sampai cni jela no..next time ak hapdate lg..

tata..titi..tutu...