Labels

Labels

:: Kalau Comel Click Ler::

Wednesday, August 17, 2011

tuan doktor vs tuan tabib vs tuan ghumah

salam guys!

dah sahur?
hope korg dah selesai sahur dengan jayanya sbb if xsahur maka kuranglah pahala extranya kan..(^_^)

jam kat pc ni menunjukkan tepat pkul 6.05 pagi..pehal plak gwa xtdo2 lg ni kan..actually gwa dpt mc 2 hari..weehuu!! OWESOME!! 

nak tau rahsia disebalik ke'OWESOME'an ini? 

tadaaa..!!
Nampak x bintik comel kat mata gwa yg sememangnya comel ini? huhu..
inilah  yang dinamakan CINTA..bukan2..inilah yang dinamakan KETUMBIT
(gambar ni time ketumbit gwa dah pecah ckit..klu x gambar ini xboleh disiarkan kerana terlalu ngeri..huhu)

kat bawah ni ada serba-sedikit penerangan ttg ketumbit bagi korg2 yang xpernah merasai 'kemanisan' mengidap ketumbit ini sepanjang hidup korang..(artikel ini gwa copy from blog seseorang..hee..thanx!)

Ketumbit merupakan jangkitan pada pinggir kelopak mata yang mengakibatkan bisul kecil yang berkembang pada bahagian tersebut. Ketumbit boleh dibahagikan kepada ketumbit luaran, iaitu apabila jangkitan berlaku pada folikel-folikel yang terdapat pada bulu mata, atau ketumbit dalaman, iaitu apabila jangkitan berlaku pada kelenjar minyak yang terdapat pada kelopak mata.

Ketumbit kebiasaannya terjadi pada kanak-kanak (err..obviously la kan..nak uat camne..gwa still dalam era kanak2..hihi). Walau bagaimanapun, orang dewasa juga berkemungkinan untuk mendapat ketumbit, bergantung kepada tahap penjagaan mata mereka *huhu..(T_T).

Penyebab

Ketumbit adalah disebabkan oleh kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata menjadi tersumbat. Kelenjar minyak yang telah tersumbat ini kebiasaannya akan dijangkiti oleh bakteria seperti bakteria Staphylococcus aureus. Penghasilan atau pengumpulan minyak yang berlebihan menyediakan keadaan yang sesuai untuk pembiakan bakteria. Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan kelenjar minyak tersumbat ialah :

* Tekanan (highly possible)
* Pertukaran hormon (possible)
* Mengguna peralatan solek yang sama buat satu jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bacteria (possible jgk..mana mampu gwa nak beli 2 minggu sekali)
* Diabetis (not related)
* Kandungan lemak yang tinggi dalam badan (not related at all!)
* Kekurangan vitamin dalam badan (possible2)

Patogenesis

Kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata tersumbat dan mengakibatkan minyak yang dihasilkan oleh kelenjar berkenaan berkumpul dan mengalir keluar daripada dinding kelenjar tersebut membentuk seperti gumpalan kecil (bisul) di pinggir kelopak mata. Bisul tersebut kebiasaannya amat sakit, berwarna merah dan bernodul. Kebiasaannya, kelenjar minyak yang tersumbat amat mudah dijangkiti oleh bakteria dan ini menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang teruk dan kawasan di sekitar kelopak mata yang terlibat menjadi kemerahan.

Ketumbit kebiasaannya kelihatan putih atau kekuningan seperti jerawat. Ketumbit boleh berlaku pada bahagian sebelah mata sahaja atau kadangkala ia boleh melibatkan kedua-dua belah mata dalam satu masa, secara serentak.

Bisul yang terhasil pada kebiasaannya akan surut dengan sendirinya apabila bahan yang menutup lubang kelenjar minyak tersebut dialihkan. Jangkitan oleh bakteria juga akan pulih apabila nanah dikeluarkan dan bahagian kelenjar tersebut dibersihkan.

Simptom-simptom

* Bisul di bahagian atas atau bawah kelopak mata
* Bengkak di sekeliling kelopak mata
* Sakit
* Kelopak mata menjadi merah
* Kelopak mata terasa sakit apabila disentuh
* Mata menjadi pedih
* Mata berair
* Gatal-gatal di kawasan bisul
* Pesakit berasa tidak selesa semasa mengelipkan mata
* Sensitif kepada cahaya yang cerah
 (semua di atas..huhu..)

dengan bukti2 kukuh diatas maka korg xle la nak tuduh gwa skodeng aaron aziz mandi ke hape ek..tp gwa syak mungkin sebab gwa hari2 tengok punggung farah yasmin mata gwa jadi macam ini..huhu..apa la naseb kakak solehah..(T_T)

okeh..after a long explaination ttg ketumbit..kte berbalik kepada tajuk entry kte..
actually gwa kena ketumbit ni ari ahad..then masa ari isnin tu gwa g la klinik..after g klinik dan makan ubat semua..gwa tgk mata gwa xde effect pape pun then macam makin bengkak..tp ari selasa tu gwa gagahkan jugak kaki pg opis tapi dengan harapan dalam hati bler tunjuk kat bos gwa dia akan cakap macam ni

"eh..mata u..terukla..u xya dtg keje la arini..u balik je rumah..rest k.."

tapi HARAM..dia leh uat relax jek sambil menambahkan assignment gwa..berdenyut2 mata gwa tapi berdenyut lagi hati gwa yang bengkek ngan perangai bos gwa tu..gwa pun redha la duduk kat opis sampai 5.15 gwa trus chow balik rumah..huhu..


ari rabu gwa xle tahan..makin teruk bengkak mata ni..makin x gojes gwa jadinya..gwa ambik keputusan drastik gwa repeat g klinik yg sama dengan harapan doktor tu rasa bersalah dengan gwa lalu ditambahkan mc gwa..yes! gwa berjaya dapat mc 2 hari dan dengan perasaan bersalahnya doktor tu tulis surat rekemen suh gwa g specialist mata kat TAWAKAL dan doktor tu ciap tulis surat kat bos gwa cakap gwa punya mata ni serius..bukan main2 ouh..tapi ada satu ayat doktor tu cakap yang bikin gwa seriau..

"nanti bila awak pergi specialist tu..dia akan 'TOREH' ckit mata awak utk keluarkan nanah tu"

ak macam 

"WHAT??"

tp ak cakap versi sopan kat doktor tu..

"ALAMAK!!"

doktor tu gelak2 cute tgk muka gwa dah cuak..
dalam hati gwa cakap..xle jadi ni..gwa msti elakkan diri dari ditoreh bulat2 oleh doktor specialist tu nnt..balik tu gwa merayu kat abah mintak pg SENGSE..sengse ialah kedai ubat cina..gwa nak try ubat tradisi plak mana la tau nanah tu xrela ddk lama2 lepas gwa makan ubat tu..tapi pg2 je kedai tu..tuan tabib tu terus cakap..

"haiya..ni xpayah ubat punya maa..lu kasi tunggu dia masak..kasi tunggu dia pecah nanah keluar nnt sudah ok maa..lu makan itu cili padi ka..lulian (durian) ka..telur..itu semua x bagut (bagus) punya makanan lu kasi hantam ma..nnt nanah cepat kuar..lu balik lumah (rumah) lu makan semua pastu sudah masak lu kasi picit kasi keluar itu nanah.. lu mau cantik kan?"

pergghh!!

lagi serius kejam..dia ciap advise gwa suh jgn makan antibiotik dulu sebab takut nanah tu lagi lambat masak..balik2 umah..gwa cakap ngan mak gwa apa yang tuan tabib tu cakap ngan tuan doktor tu cakap..mak gwa pun petang tu apa lagi..terus je dia masak ikan cencaru cili padi yang mmg pedas xhengat punya rasa dia..gwa berbuka dengan muka pasrah dan didalam hati berdoa ada hikmah disebalik semua ini..menangis gwa makan lauk tu..semua org tgk gwa dengan muka simpati sebab dalam rumah tu memang gwa xkaki la lauk2 pedas ni..tapi nak baik punya pasal..apa boleh buat..selang beberapa minit selepas berbuka..gwa lap2 la mata gwa yang bengkak pedih2 ni disambil menghilangkan tahi mata yang ada..sekali..tgh lap2 tiba2 kuar darah..AAaa..!!gwa jerit..adik gwa sound..'dah time la tu'

gwa g bilik air trus tgk mata gwa dah berdarah..kuar air mata darah gitew..lap2 dan terus lap dan akhirnya keluarla nanah seketui..PUAS hati gwa!! xsia2 gwa makan lauk cili padi yang teramat pedas itu..mak gwa pun excited dengan abah gwa pun tersenyum girang..hee..

dalam hati gwa cakap

"mak gwa memang POWER"

(tuan ghumah dlm cte ini ialah MAK gwa..hehehe..)

gaya owesome utk teknik penyamaran

tata!!




Sunday, August 7, 2011

kalau kita GEMBIRA kata 0ii..o0ii!!!

hye u'olls!!

eh! 

assalammualaikum..(^_^)

ouh..dikesempatan ini kita rasa xterlewat lg utk kita mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan..bulan yang penuh keberkatan ini..dah bulan puasa dah kan? kejap jek rasa..tahun lepas punya bulan puasa byk sgt kenangan yg xdapat dilupakan kat DBKL tu..tapi yg paling tidak dapat dilupakan time excident tu..huhu..takoott..mudah-mudahan tahun ni xdelah terjadi perkara2 macam tu lagi..Aamin..

hah! korg dah tinggal pose ke blum?? klu yg perempuan tu fahamla..tp klu lelaki tu mmg nak kena siku la kan..hamboih..org lain uzur ko pun cbuk sama yer..hoho..nah! nah! amik ni siku..yahyah!

sajer nak cte..sabtu lepas kteorg satu family pg berbuka di restoran nelayan titiwangsa..besh wok..!!
pakej buffet 5 in 1..ada steamboat..bbq..buffet berlauk dan yg lagi 2 kte xingt la apa dia..sbb dah lapar sgt dpt tgkap 3 perkara tu je..hehe..pakej ni utk dewasa rm35 sorang..ok what..makan sampai gemuk! 
haa..part tu je xok..huhu..

 nampak x pakcik fajar sedang membuat aksi extreme..huhu


ho0yeah!! view yang lebih extreme..


alihkan pandanganmu jika tergoda ke view terrlampau extreme td..
*takut tertelan air liur*

okeh..dah lepas makan sampai tersandar..kami pun balikla..huhu..

ouh yer..time bulan pose ni mmg sgt mengantuk time kat opis..masa pulak rasa cm lama jek nak pkul 5 tu..hampeh sungguh perasaan..ditambah pula ddk sebelah bos yg tak boleh tengok org senang..bler kte ngantuk je dipanggil..bler dia panggil je kte ngantuk..hehe..abis camno..aleh2 pg la kat dia ckp.."yer bos"..duhh..


title entry ni tadi 
"kalau kita GEMBIRA kata oii..oii kan?"

 korang rasa klu tetiba dpt benda yang macam ni atas meja korg, korg gembira x?

 HAAH??? APA NI???
saya xfaham la bos..adik saya yasmin tu tulis lg cantik..
huhu...

ok..yg ni my supervisor yg tulis..boleh baca la..tp nak faham tu kena minum air zamzam 8 teguk dlu.. 

dan sekarang rasa nak tukar title entry ni jadi..

"klu kita STRESS kata oii..oo00iiiiiiii??"

haa..nampak? o00iiii dia pjg ckit kan..
hehe..so to translate kan ion negative td jd positive semula kta kena buat mcm ni...


menyenyumkan diri dalam gambar..ada ke ayat "menyenyumkan"?? haha!

gambar xclear sbb amik pkai kamera depan..kaberline beb..kaberline..kihkih..

ok la korg.. 

till then..

mmwaaahhhh!!!!