Labels

Labels

:: Kalau Comel Click Ler::

Monday, October 31, 2011

u got a minute?

salam
hye u'olls!

okla nak zas laju2 review tentang movie baru ni..
IN TIME
u got a minute?? 
(tagline gwa uat sendiri..hihi)



punca gwa nak tgk cte ni??




sebab gwa dah tertengok cte ni aritu..

FRIENDS WITH BENEFITS

hoyeah!! 
ada gwa mention ayat "tertengok" tadi?? hehehe...
yup..dua2 movie ini lakonan justin timberlake..and he is cute in both movies to0! aha..berbaloi2..(^_^)b
cte IN TIME ni memang besh but FRIENDS WITH BENEFITS much better kot..!! 
ngehehe..(gelak miang)
ok2..xmo uat movie comparison because nak uat movie review je dulu k..

IN TIME ni mengisahkan betapa pentingnya masa buat manusia..terasa insaf juga lepas dah tgk cte ni..tp insaf gwa kejap jela..lepas je kuar panggung wayang tu terus dah lupa daratan..hewhewhew..

cuba korang bayangkan yang korang boleh hidup sampai umur 25 tahun je..dan kat tangan korang ada jam yang menunjukkan berapa lama lagi korang boleh hidup..seriau kan..dalam cte ni ada 2 time zon..zon orang kaya dan zon orang miskin..orang kaya hidup dengan bersenang lenang sebab mereka boleh beli masa mereka yakni mereka ada lebih masa untuk hidup..ada yang hidup lebih sedekad..ada yang hidup seabad..semuanya sebab diorang kaya..jalan pun selow2 je..
"what's the rush? we've got plenty of time" 
macam tu ko belagaknya orang kaya..walhal kat zon org miskin ni..diorg pg keja pun berlari2 sebab diorg kena keje untuk tambah masa dan untuk sara kehidupan diorg..ada yang sampai mencuri masa orang lain..kesian sangat..

tapi special dalam movie ni semua pelakon dia muda2...yela..umur setakat 25 tahun je..
masa mula2 tu..gwa ingat ni heroin dia..

ghupe2 nye ni mak dia..wow!! giler hot mak dia...
will solis (justin) wish mak dia..happy 58th birthday mom! 
pastu mak dia cm malu2..mesti dalam hati cakap..i dah 58 pun hot lg u'olls..ahaks!

tp scene ni paling sedih..

 will xsempat nak topup masa ngan mak dia..mase ni dia nak celebrate besday mak dia..tapi xsempat nak celebrate mak dia dah mati..masa dah tamat..huhu..by the way..masa ni will baru je dapat masa dari seorang org kaya yang xmo hidup lagi..masa yang org kaya tu ada banyak nak mampus..satu abad lagi masa dia..pastu dia pun bagi kat will sebab dia dah meluat nak hidup..lagipun will dah selamatkan dia dari penyangak masa yang nak bunuh dia..huhu..

lepas dah dapat masa yang banyak tu will pun merantau dari zon miskin ke zon kaya..dan dari situ la will ni jumpa heroin dia..dan pengembaraan pun bermula la dari situ..haha..cam siot x ayat..nak tau will ni survive ke x korang tgkla sendiri yer..



balik tu singgah kat satu tempat yang dah lama teringin nak pergi..dengan dalam hati bernyanyi2 lagu riang "wonderpet..wonderpet..kami datang"



"WONDERMILK"
wonder milk, publika, solaris kiaramas

ho0yeah! ho0yeah!!

ingtkan tempat ni cam oHsEm GiLew..tapi..oHsEM cam bese2 jek..

bengang kot ngan dia punya staff..mintak suggestion macam nak xnak je bagitau..then nak suh gwa speaking dulu baru nak cakap kuat sikit..memang kena pergh! pergh! la dalam hati..sakit hati..sakit hati.. ciskek sungguh! gwa plak ngan naif nye pg order wondermilk "macamdamia" dalam hati..ouh..kopi perisa macadamia kot ni..skali dapat memang betul2 susu perisa kacang macadamia..susu beb susu..memang kembang kecut la tekak nak minum mula2 tu..hot chocolate pun xbesh..better lagi susu macadamia tu lagi..kind of dissapointed jugakla hati ni..tapi kalau kita nak tukarkan perasaan negative ke positive kita kena buat apa kawan2??

pandai..!!
kita tangkap gambar..teehee..

bersama susu macadamia..hewhew..


see..mata dah bercahaya kena minum susu...


menahan rasa terseksa versi comel..aww..


eh..eh? siapakah kat sebelah tew...rahsia lew...ahaks! 

k la..papaiiiiyaaa...


nota kaki: balik2 jew kena marah ngan abah sebab balik lambat..sentap hati mak nak..T_T

Monday, October 24, 2011

its shattered..yes..its my HEART





Dear HEART...
what is happening with you...

in front of me
there is a man who will do anything for me
ANYTHING
but again
I just hurting him more and more
letting him go slowly from my life 

Dear HEART
why is this happening to me
I'm taking my chances with a man 
which I know that he cannot give me as what the other could

what is wrong with you??
why you are so mean??
is EGO asking you to do all this??
why are you becoming so SELF FISH??
what is WRONG with you??
WHAT is EXACTLY do you want??


Please...Please do let me understand you..
oh my dear HEART..


Wednesday, October 19, 2011

::wordless wednesday - sebelum terjadi nya karipap-karipap cinta::

 haaaaaaaaaaa........
(mcm bunyi magic dalam walt disney tu..)




sebelum terjadinya movie "karipap-karipap cinta" tu..telah terlahirnya movie "kentang-kentang cinta" tapi disebabkan cik puan pengarah iaitu cik kentang punya bajet burst..maka filem itu disepikan..so, poster filem "kentang-kentang cinta" ni hanya exclusive utk readers blog cik ratu jew..yeay!! tepuk tangan!!! \(^_^)/





Monday, October 17, 2011

Perihal Si Budak Kechik

salam..

hye u'olls

arini gwa nak story pasal seorang budak kecik ni..

yer..

gwa memang dah lama dendam dengan beliau

beliau adalah...







::drum rolls::











FARAH YASMIN

jangan nak uat muka xbersalah sangat yer

gambar diatas menunjukkan suspek yang akan dikaitkan dengan tajuk entri kita pada malam ini.. 
saudara, saudari yang amat gwa kasihi sekalian..mempunyai adik perempuan pada umur 20tahun merupakan satu perasaan yang amat membahagiakan.. it is totally true bler anda boleh membuli beliau dengan menciom pipi gebu dan meluruskan rambut beliau yang kerinting...

tapi sekarang..lain pula jadinya..

beliau pula yang selalu membuli saya dengan perihal2 yang amat menyakitkan hati..



 Perihal Pertama : Cakap Lepas

mulut minah ni memang xreti cover..kalah kiah propa u'olls..kalau dia nak sound orang, dengan selamberland beliau akan cakap kuat2 tanpa mengambil kira perasaan orang itu..pernah satu hari..kteorang satu keluarga pergi makan kat restoran ikan bakar sekinchan..adalah mamat yang keje kat situ, asyik2 nak nyanyi lagu sama banyak2 kali sampai kteorang sme rimas nak dengar..tapi malas nak kecoh kteorg sme diam kan jela..rupa2 nya minah ni dah xle blah ngan suara mamat dia terus je sound 

"eei..asyik2 nyanyi lagu sama je orang ni..bosan kte dengar" 

terus je kteorg gelak kuat2..terus terdiam mamat tu..hehe..lagi satu..masa kat dapur nga cuci pinggan..beliau seperti biasa datang mengacau..lepas tu abah datang la dekat sinki tu nak basuh tangan secara xsemena2 beliau sound abah 

"alamak..budak gemuk ni dah datang pulak" 

terus je kena lempang sedas dua ngan abah..kehkeh..padan muka..

kalau nak interprem no satu


 Perihal Kedua: Lorat

ini memang obvious perangai semulajadi beliau kerana telah terbukti perangai ini tidak diwarisi dari sesiapa dalam keluarga terutama sekali dari kakak beliau kerana perbezaan perangai adalah seperti langit dan bumi..hihihi..ayat2 seperti 
"kte sayang semua orang", "kakak ni comel lah", "abang alep, abang amir, abang is sme ensem" 
adalah ayat biasa yang akan beliau gunakan apabila inginkan permintaannya ditunaikan contoh terdekat e.g. buat susu...lepas tu kalau smeorg malas nak uatkan maka akan keluarlah ayat2 seperti 
"kecian kat kte..kte dah la comel.." 
lepas ayat itu dikeluarkan..smeorang akan muntah darah dengar dan berebut-rebut untuk buatkan susu beliau kerana khuatir akan ayat2 yang lebih power akan keluar..huhu



Perihal Ketiga : Gedik u'olls!!

tolonglah jangan duduk dekat dengan beliau ketika klip2 AF sedang dipasang di televisyen kerana secara otomatiknya beliau akan bertukar menjadi seperti stacy, nera, hafiz malah hakim juga..kalau lebih feeling..beliau akan mencuit dagu, memeluk malah menciom anda dan selalunya kakaknya akan menjadi mangsa sebab kakak wangi..ngehehe..

lempang mahu?

hoh!! gaya laura (pelakon indon) hewhew..



Perihal Keempat : Kentut + Sendawa

okeh..yang ni boleh la mengaku diwarisi dari perangai keluarga tapi farah yasmin punya tetap xde sape yang leh challenge hokeh..orangnya kecik je..comel je kalau tengok dari jauh..tapi cuba kalau dia kentut..pergh..melantun bunyi nye habaq mai..kadang2 takut nak biarkan beliau duduk diatas pangku kerana dikhuatiri akan disalah ertikan apabila bunyi kentut itu keluar..malah..beliau mempunyai kebolehan untuk kentut sambil berjalan yang jarang2 skali skill itu diperolehi oleh orang dewasa..sendawa pun leh tahan jugak cuma xkeluar api je lagi tapi part yang ni kurang enak sedikit sebab kakak yang menjadi suspek utama adik mendapat perangai begitu..huhu..kakak pun terpengaruh dari orang dik non..wuwuuwuww...

ingat comel le tew


Perihal Kelima : Isu Kematangan

semenjak dua menjak tiga menjak ni..beliau dah tidak memakai pampers lagi dan apabila nak ke toilet maka siren akan berbunyi meminta untuk dibukakan lampu jamban dan untuk dicebokkan selang beberapa minit kemudian...isunye sekarang timbul apabila malam menjelang tiba..beliau akan mencari port yang sesuai iaitu dibawah ketiak abang alep kerana mungkin disitu lebih hangat berbanding tidur dibawah ketiak abah atau mak..paling besh apabila tiap2 malam abang alep harus menyelam kolam yang 'wangi' kerana mungkin terlalu menyayangi abang alepnya maka 'disirami' abang alep dengan 'air harumnya' itu..hehe..bila abang alep marah beliau dengan selamberlandnye lagi cakap..

"haha..lu kena kencing..lu kena kencing"

berasap telinga abang alep wa cakap lu..kehkehkeh...




bytheway, memang diakui hidup korang akan jadi meriah suasana bila melayan karenah budak kecik ni..untunglah ada kakak ngan abang yang sanggup melayan karenah beliau sebab kalau xsanggup memang lempang makannye..adik gwa yang last ni memang gwa jaga la dari kecik sebab masa dia lahir pun umur gwa dah 20thn kan jawa cakap practice makes perfect gitew..ahaks! g memana pun memang orang suspek yang ni anak gwa yang first..kuang hajau..tp gwa layan kan jela dengan redho..sekarang ni umur farah yasmin pun dah 3 tahun dah..walaupun beliau selalu mengaku yang umur beliau dah 6 tahun dan baru je lepas amik peksa darjah enam (ikut ayat abg is le tew..) rasa kejap sangat2 dia dah besar..dah kurang dah peratus kecomelan beliau dan makin bertambah peratus kegedikan..tp whatever la dik..pesan akak..kalau nak jadi gedik, biar lah bertempat dan jangan lupa adab dan sopan santun kita k bebeh..

bestfriend forever..mmmwaaahhh!!!

yours truly and always love u..
your one and only sister (^_^)

Thursday, October 6, 2011

::cravings::

hye u'olls..(^_^)

hari ni saja nak update tentang benda yang saya teringin sekarang...sekarang yer..tapi sebenarnya dari isnin hari tu dah teringin, tapi hari khamis baru nak hapdate...lol...sangat teruk yer perangai kerana tidak dapat mengawal nafsu makan yang membuak2..ouh..badan..tolonglah tingkatkan kadar metabolisma agar tidak turut sama membuak2...huuu...nangis lelaju...(T_T)

disebabkan saya tidak mahu badan saya seorang sahaja yang membuak2 maka saya bercadang untuk berkongsi dengan anda2 semua..selamat menjamu mata u'olls..wee..\(^_^)/

tapi 

sebelum korang nak view gambar2 dibawah ini..dinasihatkan handphone diletakkan sejauh2 mungkin kerana bimbang mungkin para-para boyfriend atau para-para suami atau para-para sakura yang akan menjadi mangsa..kehkeh..

jom sama-sama kita nyanyi lagu ini..

"sesekali ku rasa teringin..."




cheese burger


damn...cheesebegebah betul la..(bak kata yasmin)

so far..belum lagi jumpa cheese burger yang sungguh menyelerakan seperti ini..huhu..mana mau cari..? ni yang malas ni kalau tengok channel TLC (Travel & Living channel) tiap2 hari rabu..lagi-lagi bila tengok man vs food atau pun food paradise...hewhewhew....





ok next..







molten chocolate cake

soo00 yummylicious!! 
tgk..nak taip pun terpaksa pakai satu tangan je sebab satu tangan lagi terpaksa tutup mulut pakai tisu kerana air liur tidak tertahan-tahan lagi mahu keluar..huhu...so far..yang sedap benda ni adalah dekat kenny rogers..dekat pizza hut punya kureng ckit..tapi..kalau korang nak yang segar dari ladang..sila la buat sendiri..nikmat thok...panas2 pastu chocolate tu cair didalam mulut korang disulami aiskrim vanila..
eleh..senang jela nak buat benda ni..winkwink..




next...








tutti frutti

benda ni sedap ya ampun..ditambah pula jika ada orang yang membelanja..heheh!

sebenarnya benda ni dah lama fofular..tapi al-maklumlah i kan baru je balik dari yug0slavia..baru je minggu lepas dapat rasa so macam xpuas lagi..hee..for u guys yang belum pernah rasa tutti frutti ni cepat pergi dapatkannya sekarang!!
hari tu dah rasa chocolate mix berry..kali ni nak pergi rasa red velvet punya plaks..xsabar..xsabar..hoh0hoo0...(~o~)
ok..sebelum jadi gila lebih baik kita ke next picture....








takoyaki

kalau pergi jusco selalu cari menda alah ni.. benda yang kat atas bebola yang nampak macam habuk pensel tu la best! sedaaaappp...nomsnomsnoms....0.o











last but not least...















teringiiiiinnnnnn sangat.....















nak....



















aaron aziz


malu la bila dah luahkan perasaan macam ni
(tutup muka dengan bantal)
hewhew...

nasib la dah laki orang..hehe.. gurau je hokeh..tapi kalau dapat yang iras2 pun cunn jugak..
peace no war..(^_^)v




akhir kata..




selamat menggemukkan diri u'oollss!! 
hehe..tata..=p