Assalammualaikum
Hi korang!!
ahaks.. cam ada orang baca je kan.. ngee..
ekceli cik paghah pun terkezut sebab blog ni masih wujud lagi.. ingatkan dah dihapuskan sebab tersangatlah tak aktif.. ampun followers..ecece..
Hmm.. nak start dengan apa yer.. banyak sangat nak cerita tapi tak tahu nak mula dari mana.. hewhewhew..
Ok la.. kita mula dengan perasaan rindu yang membuak2 nak tulis blog.. sebab sekarang tengah mood rajin nak blog walking.. terasa bosan pulak asyik facebook ngan instagram sebab dekat facebook asyik-asyik orang nak kutuk orang..jatuh kan orang tu.. aibkan orang ni.. hurmm..bosan.
Instagram pulak dah jadi medan orang jual barang.. yang cik paghah ni hangat2 tahi ayam je nak jual barang tapi tak jadik2..puihh..
maka kini ku merendahkan diri kembali menulis demi mengisi kekosongan hati ini.. ekekeke.. =p
hari ini, tanggal 31 Disember 2014.. dah hampir setahun setengah tak update apa2 dalam blog ni.. tapi tak pe.. cik paghah memang dah set azam baru untuk terus maju dalam memeriahkan blog sendiri.. gyeahh!!
Sepanjang cik paghah meninggalkan dunia blog, macam2 perkara dah terjadi dekat cik paghah.. diantaranya adalah:
::Bertunang::
28 Disember 2013
Kahwin!!
6&7 Disember 2014
hehe.. ni baru malam nikah dan malam berinai..
bawah ni baru gambar sanding
Alhamdulillah..
banyak impian dan cita-cita utama telah tercapai.. syukur sangat2 kerana di dalam kesusahan telah Allah mudahkan jalan-jalan untuk mencapai impian..
buat yang masih mengejar impian dan cita-cita.. berusahalah bersungguh-sungguh dan jangan sesekali berputus asa.. tetap dan terus berdoa kepada Allah kerana hanya kepadaNya kita meminta pertolongan.. setiap cabaran dan dugaan yang kita tempuhi itu bukannya datang untuk melemahkan tapi datang untuk menguatkan diri kita.. untuk kita kenal siapa diri kita sebenarnya..
Tahun 2014 ini penuh dengan kegembiraan dan kedukaan terutama sekali buat negara tercinta.. semoga tahun 2015 akan menjadi tahun yang lebih baik dan cemerlang buat kita semua.. inshaaAllah.. Aaminnn..
Jumpa lagi di next entry!
Tata!