Labels

Labels

:: Kalau Comel Click Ler::

Sunday, March 6, 2011

c0ach wanita bertaraf WWE RAW..???

anda melalui hari2 yang membosankan dalam hidup anda??

inginkn cabaran dan sukakan aktiviti lasak??



apa yang anda lakukan hanyalah mengikuti langkah-langkah dibawah:

i. beli tiket ktm dr stesen sentral kuala lumpur

tp ingt!!

anda harus membelinya diantara pukul 4.30pm - 6.00pm

7 hari seminggu

ii. Pergi ke platform yg anda suka tp pastikan anda mengikut alamat tertera di tiket anda..

iii. Tunggu pengumuman yg menyatakan ketapi anda akan tiba pada pukul berapa

iv. Beratur di garisan yg telah diarah tp pastikan belakang garisan kuning yer kawan2..

opps!

sy lupa nak ckp..

jika anda seorang wanita..sila beratur di tempat yang mempunyai sticker berwarna merah jambu..

jika anda seorang lelaki..abaikan mesej ini..

v. Bersedia untuk menghadapi saat2 paling getir dalam hidup anda..

pabila ketapi sampai..buat muka selamba rempuh sekuat hati..xperlu tunggu penumpang yang lain keluar daripada keretapi tersebut..selepas itu detect tempat yang paling selesa dan yang paling mudah untuk anda keluar apabila sampai destinasi anda nnt...jika ada kerusi kosong..terus ddk tanpa utamakn golongan yang memerlukan..sekiranya dah sampai ke destinasi anda..keluar dengan merempuh siapa sahaja yang menghalang laluan anda..gunakan siku jika perlu..

ya!! anda telah berjaya menjalani latihan utk memasuki ke pusingan pertama WWE RAW..!!


suke x? suke x?

hehe..gila kn tetibe meroyan uat entry cmni..huhu...minta maaf jika ada menyentuh sensitiviti sesiapa..tp apa yang ditulis ada lah pengalaman sy setiap hari untuk pulang ke rumah...itu baru pulang, belum pergi kerja lg..nasibla ada abah dan adik yang sudi bergilir2 menghantar sy pergi ke kerja..jika tidak, tak tahu la..

sy ni jenis kuat mengadu ke??

atau..

banyak songeh??

x..tp setiap kali menaiki train utk pulang ke rumah sy selalu memerhatikn gelagat2 manusia yang tidak sabar2 mahu pulang ke rumah..ye..sy faham..sy pun begitu..tp cuba kalau kita semua mengamalkn sikap bertoleransi dan bersopan santun..kn lebih baik dan imej positif juga buat negara kita di mata pelancong2...

kadang2 tu rasa sakit hati, geram dan bengang jugak bler disiku oleh kakak2 dan makcik2 yang ada dlm train tu...klu xskit tu xpe..ni skit tau x?

tang aset..xperlu cakaplah..aset depan dan belakang..sme penyek..

damn!

nasibla ni coach perempuan, kalau cmpur..msti ari2 balik rumah dlm keadaan menangisi nasib diri sendiri..

bila ada ibu2 bersama anak2 kecil..lg kesian..ibu2 terpaksa mengeras kn badan masing2 untuk melindungi anak2 mereka dari tersepit di celah2 manusia yang ingin pulang ke rumah masing2..


saya cuma nak cakap..pengangkutan awam memang amat penting bg masyarakat kota..kita semua memerlukannya..jd, jika kita mengamalkn sikap2 yang lebih positif..mungkin akan membawa perubahan ke dalam hidup kita..

buat pihak pengangkutan awam pula..sediakn la kemudahan dan perkhidmatan yang lebih baik..
bagi saya, saya xkisah jika saya perlu membayar lebih janji saya rasa selesa dan selamat untuk pulang ke rumah..
saya cuma harap keretapi akan lebih banyak dan tepat pada waktunya..

sekian..terima kasih..


No comments:

Post a Comment