Pucuk pauh ditepi permatang
buah berangan rasanya lazat
daripada jauh kami datang
datang dengan seribu hajat
salam & hye u'olls!
alhamdulillah..
sudah selesai satu tahap
wink..wink..(^_^)
opp patin~opp patin
sebelum korang semua mengurut dada dan membesarkan kanta mata..disini saya ingin menjelaskan yg bukan saya didalam gambar diatas...semua ini hanyalah gimik semata-mata...hihi..jgn marah u'olls..=p
sbnrnya entry hari ni nak cerita pasal bertunang..cakap omputihnya..engagement..bahasa moden yang pesbuk pakai e-day..mula2 bila org ckp my e-day tu macam xfaham la jugak kan..tapi lepas dah skodeng gambar mereka baru la faham..rupa-rupanya engagement day..owh...o.0
lately memang ramai rakan2 saya yang telah melansungkan majlis pertunangan...alhamdulillah dan tahniah buat diorang..memang perkara ini sesuatu yang dijangka la kan..dah umur2 macam ni memang sesuai benarlah untuk merancang ke alam perkahwinan..umur2 macam ini??
aahh..persetankan soalan itu sebentar..
nak cerita lebih2 pasal bertunang ni mengikut adat melayu dan dari segi islam memanglah kita kurang mahir..kalau nak tau korang leh google saja..mudah bukan? hee..tapi kalau korang perasaan, adat bertunang zaman sekarang dengan zaman dulu lain kan? dah jauh berbeza kan..
- Mini Pelamin
kalau zaman mak2 kita bertunang..perempuan akn tunggu je atas katil dalam bilik sambil mengumpat ngan best fren sampailah mak atau pun makcik pihak lelaki datang sarungkan cincin tunang tanda setuju kedua belah pihak..tapi org sekarang dah canggih..ada mini pelamin kat ruang tamu..bila kedua2 family dah abis berbincang baru la keluar duduk kat pelamin tunggu bakal mak mertua tiba..hihi..tp bila fikir2 balik sempoi jugak ada mini pelamin..at least bakal mak mertua xla tengok bilik tidur kita ada air-cond ke x..lepas tu ada session amik gambar pun setail jugak dekat mini pelamin berbanding dalam bilik sempit2..ye dak? heehee...
2. Tunang
ni lagi satu kemusykilan..eh..macamane eja kemusykilan? okla..ni lagi satu permasalahan yang merunsingkan kita..sebenarnya lelaki yakni tunang kita tu boleh datang ke majlis ke x? ewah..tunang kita u'olls..hihii..setahu kita lelaki a.k.a tunang tidak boleh datang ke rumah perempuan..diorg kena rileks je duduk umah sambil pakai seluar pendek layan lawak minggu ini..ada yang tunggu dalam kereta pun ada jugak yang pasti xboleh datang sekali dalam majlis tu..sebabnya? ada org cakap nanti nampak macam xsabar sangat nak kawin..hee..xpun xmahu lelaki a.k.a tunang tu terkejut dengar jumlah hantaran beribu nanti xpasal2 kena demam kepialu terus..kehkeh..tapi org sekarang datang je kita tgk..cuma datang masa majlis dah selesai..time makan2 dengan ambil gambar dengan cik tunang yang super comel..aww aww..ada yang amik gambar pre-wed pun ada jugak..
3. Hantaran
Hantaran ni selalunya mengikut adat melayu akan diberi sebagai tanda hadiah..dan jumlahnya mesti dalam angka ganjil macam 3,5,7,9,11...org cakap kalau no genap nanti xberapa nak bertuah..kira kurang 'ong' la..tapi entahlah..yang pasti jika pihak lelaki bagi 5 dulang pihak perempuan kena balas 7 dulang.. pihak perempuan kena up sikit 2 dulang..sebabnya..xtahu lah..mungkin sebab pihak lelaki dah bagi hantaran mahal2 a.k.a harga cincin dah mahal kot..hehe..kalau tengok orang dulu2 punya hantaran la kan..ada sirih junjung, al-quran, sejadah, buah, kek, bahulu ikan..hehe..tapi orang sekarang..ada yang bagi handphone, laptop, ipad felelo loche sudah pasti..canggih beb..ikut suka masing2 la nak bagi apa..yang penting ikutlah kemampuan diri masing2..wink2..
“Tempoh Pertunangan adalah tempoh pasangan akan diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan sebelum memasuki alam perkahwinan. Ujian yang paling halus akan menjangkiti hati. Dari situlah, kemungkaran dan maksiat lain akan menular.Tempoh ini sememangnya untuk kita mengenali bakal pasangan kita, keluarganya, namun, gunakanlah pendekatan terbaik, dengan mengurangkan ruang-ruang untuk syaitan mencucuk virusnya pada hati kita ini. Jagalah hubungan pertunangan sebaiknya, demi keberkatan sebuah perkahwinan yang suci.”
buat teman2 yang sudah melangsungkan majlis pertunangan dan bakal pula melangsungkan perkahwinan..congrats!! you have made it..!! kahwin nanti jangan lupa jemput yer..
dan buat teman2 seangkatan..yang masih mencari mahupun yang sudah merancang untuk bertunang..
go0d luck..!! d(^_^)bsem0ga kita akan bersama2 dapat menempuhinya..aamin..
No comments:
Post a Comment