Labels

Labels

:: Kalau Comel Click Ler::

Thursday, December 27, 2012

Wedding Emergency!!!

Hi u'olls!

ok..this is a rapid entry..mahu tulis pantas2 kekonon busy sangat sampai tak de masa nak hapdate belog..hehe..
ampun ya..maap ya..ampun ya...boleh bah kalau kau..hehehe...

yes..selain dari musim durian crepe..sekarang adalah musim kengkawans kawin..
kenapa "kengkawans"??
ini adalah kerana terlalu ramainye pun rakan2 taulan ingin bernikah dan mendirikan masjid pada tahun ini sehingga ada yang tak sempat nak pergi..
ampun ya..maap ya..ampun ya...
>hewhew<

ok, back to story..like i said before..terlalu ramai nye jadi untuk mengelakkan dari stressed, maka hanya majlis kawan yang teristimewa di hati je cik paghah pergi..bukan pilih bulu..tapi pilihla jugak sikit2..kihkih...

nak dijadikan cerita, pada suatu hari...
bestfren kita time asrama dulu pun telefon..dah asyik cik paghah sibuk2 tanya dia bler nak kawin dah sampai masanya dia pun telefon la ye dak..dia cakap..

"aku nak kawin bulan doblas ni wey..nanti ko datang taw..tapi..aku ada problem sikit la beb..."

cik paghah pun tanya la
"lorhh..awatnya"

"aku tak de orang nak tolong bawakkan hantaran ni..boleh tak ko tolong aku beb"

cik paghah memang ler lemah kalau kawan kesayangan minta tolong..lagi2 hal kawin..it's your girl big's day..tak sampai hati nak kata "tak"

dengan riang ria nye cik paghah pun setuju tanpa berfikir panjang...tanpa berfikir..siapa la yang nak angkut pergi sampai Putrajaya ni..hewhew...

tapi syukur alhamdulillah..niat murni cik paghah maka dipermudahkan semuanya..dari urusan driver - baju tema - cuti semua nya settle tanpa banyak bunyi..rezeki cik pengantin la.. 
(^_^)

lagi 2 hari nak majlis..cik pengantin telefon..

"beb..tolong lagi satu..aku ada tempah pulut kuning untuk hantaran..tapi rumah dia kat jinjang...memandang kan ko la yang paling dekat dengan tempat kejadian..maka tolong amikkan puhleaaaasseeeee"

cik paghah pun cakap
"awriiittteee"

di hari kejadian..bakgedebukgedebak...maka majlis pun berjalan la dengan lancar...happy sangat2 sebab lagi sorang best fren dah upgrade title...cik paghah dengan tak semena-mena dada pun dah sebak dan mata pun dah bergenang (cik paghah kan ratu..haha) seronok nya tengok kawan2 dah berkahwin..tumpang gembira tapi dalam hati meratapi 
"bila pulak turn aku nak kawin ni"
tu part yang sebak lebih tu...
hehehee....=p


pulut kuning kejadian...hehe...


cik tukang bawak hantaran..
nak carry yang ringan2 je..
pulut kuning walaupun telah diselamatkan tetapi tak sanggup nyah..pulut kuning tu berat dia macam satu tan..
kusss...semangat...


"barakallah Farah sayang...semoga jodoh berkekalan sehingga ke syurga...
I'm so happy for you.."

ouh..lupa nak cakap..cik pengantin pun nama dia Farah, Farah Fatehah...sangat cantik kan..meletsss sangat..cik paghah je koweng xhengat..tu tetiba kat tangan ada span..tetiba jadi mak handam pulak...curlass multitasking..sesiapa nak book sila pm awal2 yer...kehkehkeh...



sekeping dua gambar buat tatapan peminat..
kuikuikui...

tatatititututuuuuu..
(^_^)

Thursday, November 15, 2012

My NOT very LUCKY day

Assalammualaikum...
Hi u'olls!
cik paghah di dalam ghumah yaw
(translate: cik paghah in da house yaw..hehe)
ape kabor mengkeme2 sme?
harap sihat walafiat..ghindu x kat kitew tak? kitew memang sajew jew xmo hapdate belog sebab nak bagi ghindu...muehehe..lempang laju2 please...
di hari jumaat yg mulia ini..bagi mengkeme lelaki..lekas2 la bersiap utk solat jumaat dan untuk gadis2 meh cik paghah nak cerita al-kisahnya tentang semalam yang tak berapa nak bertuah buat cik paghah..huhu..tengok..nak cerita pun dah sedih..(T_T)
semalam, cadangnya nak buat durian crepe untuk keluarga tercinta selepas godek2 internet..cik paghah tgk "aik..xde la susah benor nak uat menda alah ni" ehehe...
pagi2 taw dah bangun plan nak merempit ngan abah nak pergi chow kit kedai bake with yen tu sebab nak kena beli whipping cream untuk buat inti durian crepe tersebut..oh yer..lupa nak cakap..semalam public holiday sebab Maal Hijrah..sebab tu la semangat waja nak mashak2 bagai..
Perjalanan dari segambut ke chow kit tidak lah jauh mana..tetapi secara tak semena-mena..turun hujan rintik2 air bergelora pulak di tengah hari..haishh..xpela..nasib baik hujan rintik2 je..sesampainya di chow kit..cik paghah agak lega jugak sebab tengok banyak kedai bukak walaupun hari cuti...TAPI..kedai Bake with Yen tu pulak TUTUP!
(bertuah punya kedai..dah jadi mualaf ke ape dak yen ni..bentak cik paghah yang panas hati..huh!)
disebabkan dah agak kecewa sebab xdapat beli dekat kedai kek maka perjalanan diteruskan ke Giant Batu Caves..punya la jauh dari chow kit sampai ke batu caves pulak..sakit pinggang kte taw..huhu..dekat Giant pulak..cari punya cari whipping cream tu xde..whipping cream yang diperlukan adalah seperti dibawah

satu Giant pun tak de jugak menda alah ni..yang ada normal dairy whipping cream..nak kena cari juga yang brand Rich ni sebab dia dah memang manis dan tak perlu tambah gula lagi dah tapi tak de jodoh nak berjumpa..huhu..sedih tak..sedih tak..sedih kan...

itu belum cukup sedih lagi..balik je rumah terus je zapzapzap siapkan makanan tengah hari..siap pakej jari terkena pisau terus je jadi 'suparjoe'...huhu..why la why...lepas dah siap msk lauk tengah hari cik paghah pun start la nak uat durian crepe tu..

hati munge2 macam org nak pegi dating..kekonon dah plan dalam hati..kalau sedap ni boleh la bukak kedai nanti..muehehe..tapi..apakan daya..selepas lebih kurang 1 jam 30 minit mengerjakan menda alah tersebut, kulit untuk crepe tu jadi sangat tebal, lepas tu tak boleh nak balut sebab dia senang koyak...whipping cream pulak xjadi kental macam dalam gambau.. cik paghah syak makcik yang bagi resepi ni mesti kencing lebih ni..

mak cik..tak jadi p0nnn macam makcik punya..makcik tipu eh..huwaaaa!!

Penat taw..kalau kite dah penat kite memang suka salahkan orang...huhu..ampun makcik, mungkin cik paghah masih lagi perlu tahu lebih banyak perkara asas sebelum terus terjun je sesuka hati buat kuih ni..sedih taw..lagi sedih time abah datang nak rasa..abah terus cakap..
"haa..ok la ni..nak dekat jadi la ni.."
kite tau abah tipu nak amik hati je..nak menitik je air mata masa tu..dah lah beli barang semua pakai duit abah..lepas tu tak jadi pulak..kecewa dan rasa bersalah sebab tak dapat tunaikan hasrat abah ibarat seperti perasaan lee chong wei tak dapat berikan malaysia pingat emas..gitew..

memang semalam adalah hari yang kurang bertuah buat saya...

abah cakap

"tak pe kak..lain kali buat lagi..belajar sampai pandai"

cik paghah cakap
"alaaa...kite beli jela bah yang dah siap punye..huwuwuwu"
sebab confirm buat lain kali tu mesti pakai duit cik paghah punya..


sekian...kesian...


Saturday, September 15, 2012

JK kah aku?

salam dan selamat malam bagi semua yang belum tido lagi...


hmmm...


yer..tajuk entry kita pada malam ini adalah berbentuk persoalan... jika sesiapa yang masih lagi ragu-ragu dengan maksud JK..diakhir entry ini mungkin anda akan dapat tangkap apakah maksud JK tersebut...


pejam celik pejam celik...dah nak abis raya dah kan? masa memang suka mencemburui dan tidak menunggu kita...bukan cakap masa je...malah aku sendiri pun memang suka cemburu dan tidak suka menunggu orang...

Raya tahun ni meriah ke...?

Alhamdulillah...syukur ke hadrat illahi, walaupun secara bersederhana masih lagi beraya dalam keadaan sihat walafiat, masih lagi mampu menyarung baju raya baru..dan yang paling...paling...penting...cukup semua ahli keluarga walaupun keadaan mak sangat tidak membahagiakan aku...(T_T)

Selepas raya...kita meriah dengan apa pula yer?

kenduri kawen!! yer..ibarat cendawan tumbuh selepas hujan..setiap minggu dipenuhi dengan jemputan perkahwinan yang sahabat handai dan teman-teman...ada yang aku wajib hadir..ada yang aku memang tidak dapat hadir kerana bertugas di hari sabtu dan ada yang aku sengaja tidak hadirkan diri... ouh yer..news feed juga tidak kurang meriah dengan rakan-rakan yang sudah selamat menjadi ibu...

dalam hati terdetik...

bahagianya mereka....
(^_^)

dalam hati tidak henti-henti berdoa...Ya Allah..lekaslah kau akhirkan penderitaan ku ini dan ubatilah dengan sedikit kegembiraan dan kebahagiaan...

rakan-rakan lain sibuk menghitung hari perkahwinan..aku disini menghitung hari menunggu bondaku menjalani pembedahan paru-paru beliau...walaupun bukan aku yang menjalani pembedahan tersebut..tapi hakikatnya aku yang tidak stabil...aku yang rapuh teramat ampuh...hari2 pasti tidak lepas dari aku memikirkan keadaan mak...sekarang hanya menunggu penderma yang sesuai untuk mak...aku yang pastinya tidak kuat untuk menghadapi saat-saat tersebut...siapkah aku??


aku cuma berdoa supaya keajaiban akan berlaku dan aku tetap percaya yang ianya akan berlaku...

hmm..ini yang malas nak cerita masalah kat orang...walaupun aku tak tahu siapa yang baca atau dengar cerita aku ni...tapi disebabkan aku sendiri yang melayan sendu sedan seorang diri maka dah abis dah tisu aku sekotak!! caittt...apa pun  tak boleh...

sesiapa pun yang baca entry ini...saya mohon jasa baik anda sekalian..doakan semoga bonda saya boleh kembali sihat dan semoga saya kuat untuk menghadapi semua dugaan dan cabaran ini...terima kasih diatas doa kalian semua..dan...

minta maaf sebab entry kali ini kurang seronok...
~macamlah entry lain seronok kan...(--")~

ini cuma luahan hati...
itulah..siapa suruh bukak fb lepas tu tengok gambar orang kawin & tunang...cantik2 semua...

kan dah Jiwa Kacau....


lepas ni..siapa tanya bila aku nak kawin?? memang aku tumbuk muka sorang2...

tapi...

niat dalam hati jela...

(sahaja aku nak tumbuk muka 'sipolan2' kerana beliau menyebabkan aku jiwa kacau)

sekian


Assalammualaikum
(^_^)



Saturday, September 1, 2012

Seriously....


I CANNOT BRAIN THISSS....!!!!!

@_@

Sunday, August 12, 2012

150 juta kali

Lagu paling sweet...after all..paling jujur ikhlas....




Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–
saya kenal sayang saya

"Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
"
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala

Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua...


awww...

(^___^)

 tata..papai


Friday, August 3, 2012

How Come...??

Assalammualaikum w.b.t

(^_^)


How come lepas 2 minggu tak update blog and then boleh buat muka comel-comel tak bersalah pulak macam kat atas tu? nasib baik gigih nak buat 2 entry dalam masa kurang 24 jam...hewhewhew...


How come selepas 2 minggu berpuasa hanya Jari Kelingking ai je yang kurus?? 
weyh..apahal ni weyh..ko puasa ke tak ni hahhh??? o_0


How come raya tahun ni pulak ramai designer-designer letupss nak keluarkan ready-made edition?? time gaji ai letups tahun lepas u'olls uat senyap je kan?? k..foine..foineee...
 

How come dah 2 minggu puasa ai masih belum beli baju raya lagi ni?? this is very-very weird bro..boleh kira pecah record dah ni..kalau diikutkan resam cik paghah..lagi 2 minggu sebelum puasa memang cik paghah dah usha line dekat Jalan TAR tu..start je bulan puasa boleh dikatakan tiap-tiap minggu wajib singgah bazar di Jalan TAR takpun bazar-bazar yang ada di sekitar Kuala Lumpur kerana adanya kakak2 opis yang sungguh mempengaruhi pemikiranku...tetapi tahun ini..bunyi cengkerik je yang keluar dari tepi wallet kerana kurangnya aktiviti sebegitu rupa..lemak dibahagian peha pun mula membiak dengan jayanya dan ini sangat tidak ohsem kerana tidak boleh memakai baju rekaan peplum...see..how big is the consequences to me??  
Arrggghhh....Setereeesssss!!!



How come dah pukul 6:30 dan ai belum semayang Subuh lagi ni?? sibuk tercangak depan laptop sambil mengomel how come?? how come?? tido la weyh..esok kije..yer..ko sorang je kije cik paghah..orang lain semua sibuk dah buat kuih, beli baju, kasut, handbag dan tawaf Jalan TAR dan kawasan yang sewaktu dengannya...aaargghh xkira! hari isnin nak cuti jugak..dan jangan tanya "how come you on leave haa" yer bos...


k bai






TWO-KANG MASHAK!

salam..hye kengkawan!!
(^_^)v

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang Mulia!!

Curlass kan dah 2 minggu puasa baru nak ucap selamat..harharharrrunn...

Biasa lah..hidup wanita bekerjaya + part time housekeeper memang macam gini..busy sampai kan xsempat nak hapdate..hewhew..

Bulan ramadhan tahun ni harap-harap lebih bermakna bagi semua orang..Ada yang dah bertukar status..(ehem..ehem..) ada yang bakal bertukar status (ehem..ehem..ehem..)  dan ada yang entah bila entah nak tukar status nye pun adoiyai terrrrberr pun tak tahu la..tapi apa-apa pun moh la kita bersama-sama berlumba untuk mengumpul pahala di bulan bonus ini...winkwink!!

Merujuk kata orang jawa "sharing is caring", cik paghah pun dengan baik hati nya ingin mengkongsikan beberapa resipi yang boleh korang try kot-kot dah kehabisan idea nak masak apa untuk lauk berbuka ataupun untuk lauk sahur..resepi ni senang je beb..cik paghah yang tak reti masak ni pun tutup mata je wa cakap lu..

(mode: tukar suara jadi chef wan)
okeh..resepi kita yang pertama ialah


Sup Yong Tau Fu Awesome Yang Ohsem

Bahan-bahan:

Yong taufu campur ---> beli la mana-mana yong tau fu yang korang suka, cik paghah punya ada angry bird u'olls!
2 biji bawang besar
2-3 batang daun ketumbar ----> daun ketumbar ni beli yang bau dia busuk taw..chinese coriander xsilap nama dia
serbuk maggi cukup rasa
garam & lada sulah sedikit
bawang goreng

 ::bawang kena potong 6 macam ni taw::


 ::how come u sho cute??::


 ::ony0ny0ny000:: 

>>effect kecomelan adalah harus kerana tukang masak adalah chomel<<

puikk!!

 Cara-Cara:
i) Didihkan air setengah periuk. Sementara tunggu air mendidih, potong bawang besar (potong 6) dan hiris daun ketumbar. Yong taufu pun boleh lah dipotong kecik2  dan dibilas sedikit dengan air.

ii) Bila air tu dah nak mendidih, masukkan daun ketumbar dan bawang. Tunggu sampai dia menggelegak lagi sekali baru masukkan yong tau fu pulak.

iii) Lepas dah masukkan yong tau fu, tunggu lagi sampai menggelegak lagi sekali baru masukkan serbuk maggi cukup rasa, garam dan lada sulah..tak perlu banyak sangat pun janji secukup rasa..kemudian tutup api..dah siap!! Hidangkan dengan bawang goreng lagi sedap rasa macam menang award gitew..hee..(^^,)b


 "haaaaAAAAAAAA"

Resepi ke-2 adalah

Asam Rebus Bendi bersama Ikan Masin

Nama resepi xperlu azwan ali sangat janji rasa sedap! haha~
Sesiapa yang tak pernah cuba resepi ni memang dia adalah insan yang rugi didalam dunia yang fana ini kerana resepi ini ada lah resepi yang paling senang dan paling cepat dan sedap untuk dibuat..malah boleh membuatkan para ayah, para suami, para boifren malah para-para sakura sekalipun menghirup pinggan sehingga licin...kalau tak percaya cubalah!
::harap maaf ayat iklan shaaaannngaaattt!!!::

Bahan-bahan yang kita perlukan:

10-15 biji bendi
1 peket tulang ikan masin
3 biji bawang merah*
3 biji cili merah/cili hidup*
3 keping asam keping
sedikit belachan*
air
(*dikisar ye puan-puan)

 ::rupa paras tulang ikan masin::


 ::bahan-bahan kisar::


 ::asam keping::

Cara-Cara:

i) hidupkan api, isi air dalam periuk agak-agak setengah periuk.

ii) Masukkan bahan2 yang dikisar tadi kedalam periuk, ikan masin dan asam keping. kacau manja.

iii) Bendi direndam dalam air dulu..jangan potong apa-apa tanpa kebenaran..pastikan bendi yang anda adalah bendi yang muda sebab bendi yang tua rasanya xohsem..haha..macam mana nak tau? korang patahkan sikit kat hujung bendi tu..kalau senang je nak patah ala-ala ranggup gitew makna nya bendi korang tu muda la..kalau macam liat2 sikit tu maknanya bendi tua.  okeh..bila dah selesai belek-belek bendi, kuah tadi pun dah menggelegakkan, bolehlah potong kepala bendi tu dan hujungnya...masukkan kedalam kuah.

iv) Kalau ikan masin yang korang masukkan tu dah memang masin, tak perlulah tambah garam dalam kuah..tapi kalau kurang masin, bolehlah tambah garam sikit..sikit je taw...jangan banyak2..nanti bahaya..hiuff~ lepas dah masukkan bendi, tunggu kuah tu menggelegak sikit tapi jangan sampai menggelegak kritikal yer..boleh la tutup api..siap!!


Sampai hati u'olls xpercaya resepi memang kacang bak kata cik paghah tadi..cik paghah siap set time taw..10 minit je masak benda ni..penyediaan pun 10 minit je..agak2 terbangun lambat dan xtau nak masak lauk apa..buat je la lauk ni..sodap dan cepat!!


 HaaaAA...HaaaaAA

Selamat Mencuba!!!

(^___________^)b





Thursday, July 12, 2012

Biru MATA HiTAm Ku





gitew beli contact lense baru..kekonon untuk raya le tew..

teehee

paling best punya la susah nak pakai menda alah ni..baru pakai sebelah mata sekali elektrik pun tak ada..dengki sungguh..huh~

Tengok..siapa yang bersalah sekarang haa..sales itu la..sales ini la..kan dah terbeli contact lense ni 2 pasang..
Padan Muka kat diri sendiri..huwuuwuww

Opss..terbeli sudey!

nafsu..nafsu..(--")

tata!

Awesome yang Cute!

salam & pish yaw

(^_^)v

Hari ni nak berbelog tentang aktiviti kegemaran..aktiviti kegemaran cik paghah adalah mengumpul barang-barang cute! mengumpul habuk pun kegemaran jugak..cik paghah sebenarnya memang alergik dengan barang-barang comel..memang pantang..
pantang jumpa!

kalau jumpa barang-barang comel memang tak akan berfikir 2x memang gwa rembat laju-laju je..tapi kalau barang comel tu harga dia melampaui batas boleh fikir lapan belas kali jugak sebelum beli..hoho..okeh..

Awesome yang Cute yang pertama adalah.....

HOT AIR POP CORN MAKER


benda ini sangat comel dan sangat hebat! 
boleh menghasilkan popcorn seshedap Garret Popcorn! okeh..itu tipu..ngeh~ 
benda ini sebenarnya mampu menghasilkan pop corn hanya menggunakan udara panas..how awesome is that huh~

nak tengok ke'ohsem'an yang lebih lanjut..sila rujuk video dibawah

hari tu ada offer dekat livingsocial yang benda ni hanya 75 hengget! tapi disebabkan usaha membodek tidak berhasil maka cik paghah pun tak dapat la beli benda comel ini untuk dijadikan koleksi..huhu..T_____T


Awesome yang Cute 
ke-2 adalah...

COTTON CANDY MAKER


 awwwww...comel sangat ni kenapa??

benda ni pun ada offer sekarang..tapi tak ingat offer kat discount company yang mana satu..harga lebih kurang 100 hengget lebih..hem0hem0~
okeh sekarang jangan nak berlagak macho sangat..sila tengok link video dibawah ini:


abang gagah pun mampu buat cotton candy ni u'olls apetah lagi we'olls yang comel ni..hee..

ada jugak yang cakap

"eleh..uatpe la nak beli benda ni..tak matured langsung"

"terlalu keanak-anakkan la awak ini..bila nak membesar"

(--')

Eleh..sebenarnya kalau ada orang bagi free mesti ko pun nak kan??
best kot ada benda ni dekat rumah..nanti boleh berlagak dengan jiran-jiran..lagi satu Ohsem Idea..kalau tak cukup duit nak beli baju rizalman or jovian mandagie, boleh jugak angkut benda ni pergi pasar malam uat side income...
(nak jugak baju ghaye rizalman tu...=p)


haisshh..bestnye kalau ada benda ni buat koleksi kat rumah..buat satu bilik khas untuk semua fun food ni..bilik yang ada vending machine, chocolate fundue, cotton candy machine, popcorn maker..lepastu siapa-siapa nak masuk bilik tu kena bayar sp0h hengget sorang..kan dah uat duit lagi..kihkih..=p

 verangan..verangan..~

tata!
(^_^)


Tuesday, July 10, 2012

Pizza Hut Red Carpet Party!

Salam Semua
(^_^)

Pada suatu hari..sedang cik paghah men'scroll'2 page facebook maka ternampaklah satu advertisement kat fanpage pizza hut "Pizza Hut Red Carpet Party..Exclusive for Pizza Hut Fan" then entah macamana tiba-tiba tangan ni ter'klik' link tu lalu terdaftar la pulak..kena daftar dengan nama partner skali pulak tu..terdaftar la nama abang ensem skali..ngehehe~

yang lagi best..terpilih pulak ngko..nebes mak kejap sebab dapat invitation pergi Party u'olls..mau xnebes..pes time tuu! abg ensem xtau pun kita join benda ni..sekali bila dah bagitau dia yang eksaited lebih..tanya tema apa la..nak kena pakai baju apa la..haisssh~

Representative Pizza Hut tu pun call la kekonon nak bagi tau dah terpilih pergi party tu..

Pizza: hye there! is it ms Farah?

Cik Paghah: yes, speaking

Pizza: hye..we like to informed you that you have been selected for the Pizza Hut Red Carpet Party! are you excited?! (eh..ak yg excited ke ko yg excited ni?)

Cik Paghah: wuuuhhuuuu! of course, nyway I've seen my name in the fanpage

Pizza: congratulations! well I would like to get confirmation from you..so is it confirm that you'll join us?
Cik Paghah: well..I need to ask my partner first..can I call u back tomorrow? u are..?

Pizza: I'm Mr.Bastin

Cik Paghah: come again? bastin? (org apo ko ni)

Pizza: No..No..No..Its Justin..like Justin Timberlake...

Cik Paghah: ouh..I thought its like Justin Bieber..kehkeh..

Pizza: Noo...!!

Cik Paghah: ok2 chill..I will call you back tomorrow mr. justin..thanx a lot! 

bwahaha! sebenarnya nak emphasize part last tu je..kelakar naw mr.justin ni..boleh2 nak elakkan justin bieber..kihkih..so, I went to the party!  walaupun kena marah dengan abah sebab balik malam tapi ku gigihkan jua..orang nak bagi makan pree..takkan nak tolak..huhuu..~

Had fun jugak..gini ghupenye pergi party..hehe..best2..the emcee..Mr. Terry from Red FM memang super funny orangnya..sempat kutuk2 kita tak pandai main game car race kat ipad dan kutuk2 orang sekelilingnya..hewhew..yang paling best adalah part makan! memang rambang mata kalau tengok pizza besau2 depan mata...kita tunggu jugak Pizza yang baru tu..cheezy bites steak pizza tapi dia tak keluarkan pulak..chicken chop pun tak ada..tapi makan je la pizza yang orang dah bagi ko nak banyak songeh pulak kan..ada lagi yang best..abang ensem sempat menang contest! murah rezeki mamat sorang ni..kihkih..

Sekeping dua tiga keping gambar untuk tatapan korang..(^^,)v

red carpet entrance! 

fruit ninja kat screen besarrrr punya..game ni serius best sebab boleh jadi orang gila kejap..
kalau bengang ngan partner boleh karate tanpa perlu rasa bersalah
"eh..I ingat nak slice buah tu tadi..tapi ter'slice' muka you pulak..cowie.."

kihkihkih

mr.terry the emcee for tonight..suka buli orang ni..huh~

magician for the night
pandai uat magic ouh dia ni
kagum..o.0

makan time! hooyeah!

ada je kan mamat tu kalau makan preee...hewhew..

till then!

taking care peeps! good nite!

pish yaww
(^_^)v


Awak sangat Kejam!

Salam
Hye Semua!
 (^_^)

eh..terbuat muka comel pulak..

entry ini sebenarnya berbaur kemarahan..kemarahan yang amat sangat!

Cik Paghah memang marah dan tengah geram sangat-sangat ni sampai ter'blog' ketika waktu keja..eh? hewhewhew..

persoalannya sekarang adalah kenapa? kenapa? kenapa semua ini harus terjadi ketika kegawatan ekonomi sedang melanda diriku?

hmm..cakap pun tak guna..tembak pun xkena..

scroll untuk lihat punca kemarahan

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.




"20 by Rizalman"
dah available di cawangan Tesco yang terpilih 7hb Julai lepas
lepas dah blogwalking..ramai uat review yang baju dah tinggal sikit je lagi..

foine...foine...

tapi...

hijau belang-belang hitam tu memang cantik wak...(T_T)

tak cukup dengan tu...ditambah nya lagi api di dada yang membara ini 

"Aviraya by Jovian Mandagie"



orenggggg...nak....


urghhh!!!

geram2..kenapa awak cantik sangat eh..tumbuk nak?

nanges2..rasa nak print je gambar ni lepas tu nak tanam dalam tanah..hukhuk..

untuk sesiapa yang tidak tahu lagi..price range untuk Rizalman Collection adalah sekitar RM150 - RM250 dan bagi Jovian Mandagie Collection pulak adalah sekitar RM150 -RM300..eh betul ke? arghhhh..bila hati dah sakit memang malas nak tengok betul2..

Lupa nak cakap lagi satu..Jovian Mandagie Collection ini boleh didapati bermula 15hb Julai ini di butik Zalora dan butik First Lady yang berdekatan..sila lah serbu
(cakap nak tak nak je)

It is good actually for Malaysian designer buat something special untuk Fans diorang...collections yang mampu dimiliki (tetapi tidak untuk cik paghah) macam ni.. suka sangat! kenapa lah tak buat tahun lepas...T_T
mungkin tak ada rezeki cik paghah tahun ni..lagi pun raya tahun ni bersederhana sahaja...


Telan air liur 18 kali

Awak sangat Kejam!


sekian<>kesian

papai!

Wednesday, June 27, 2012

ouh..bebeh..bebeh..

Arakian dengan kesekian kalinya cik paghah telah memontengkan dirinya dari tempat keja....Oleh kerana beban stress yang tidak mampu dikendong lagi..maka cik paghah telah membawa diri ke tempat yang boleh membawa kemudharatan yakni ke'gemuk'an....
bwahahahaha!!! gelak tanpa sesali lemak-lemak yang telah masuk dalam badan....hiufff~

Entah bagaimana..ada 'orang' tu tiba-tiba je dia cakap nak tuju lagu kat kita..kita pun redha la dengar.. yela..orang nak tuju lagu kan..beliau cakap lagu ni sebenarnya nak bagi masa perang dunia kedua hari tu....
sentap taw dengar lirik dia..hewhew..seb baik suara yang nyanyi tu hensem! hehe..layannnn...eh! eh! lagu blog pun dah tukarla..mengada jew taw!

Akhir kata untuk orang tu...

"sila maafkan cik paghah yang comel ini pleaseee....janji dah xmo jadi bad girl...jadi naughty girl je..hehehe.."


Wild World - Mr. Big
Now that I've lost everything to you
You say you want to start something new
And it's breaking my heart you're leaving
Baby I'm greaving

But if you want to leave take good care
Hope you have a lot of nice things to wear
But then a lot of things turn bad out there

[Chorus:]
Oh baby baby it's a wild world
It's hard to get by just just upon a smile
Oh baby baby it's a wild world
I'll always remember you like a child girl

You know I've seen a lot of what the world can do
And it's breaking my heart in two
'Cause I never want to see you sad girl
Don't be a bad girl

But if you want to leave take good care
Hope you have a lot of nice things to wear
But just remember there's a lot of bad and beware

[Chorus]

Baby I love you, but if you want to leave take good care
Hope you have a lot of nice things to wear
But just remember there's a lot of bad and beware

[Chorus]


have a good night sleep peeps!
(^_^)
Salam