Labels

Labels

:: Kalau Comel Click Ler::

Friday, August 3, 2012

TWO-KANG MASHAK!

salam..hye kengkawan!!
(^_^)v

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang Mulia!!

Curlass kan dah 2 minggu puasa baru nak ucap selamat..harharharrrunn...

Biasa lah..hidup wanita bekerjaya + part time housekeeper memang macam gini..busy sampai kan xsempat nak hapdate..hewhew..

Bulan ramadhan tahun ni harap-harap lebih bermakna bagi semua orang..Ada yang dah bertukar status..(ehem..ehem..) ada yang bakal bertukar status (ehem..ehem..ehem..)  dan ada yang entah bila entah nak tukar status nye pun adoiyai terrrrberr pun tak tahu la..tapi apa-apa pun moh la kita bersama-sama berlumba untuk mengumpul pahala di bulan bonus ini...winkwink!!

Merujuk kata orang jawa "sharing is caring", cik paghah pun dengan baik hati nya ingin mengkongsikan beberapa resipi yang boleh korang try kot-kot dah kehabisan idea nak masak apa untuk lauk berbuka ataupun untuk lauk sahur..resepi ni senang je beb..cik paghah yang tak reti masak ni pun tutup mata je wa cakap lu..

(mode: tukar suara jadi chef wan)
okeh..resepi kita yang pertama ialah


Sup Yong Tau Fu Awesome Yang Ohsem

Bahan-bahan:

Yong taufu campur ---> beli la mana-mana yong tau fu yang korang suka, cik paghah punya ada angry bird u'olls!
2 biji bawang besar
2-3 batang daun ketumbar ----> daun ketumbar ni beli yang bau dia busuk taw..chinese coriander xsilap nama dia
serbuk maggi cukup rasa
garam & lada sulah sedikit
bawang goreng

 ::bawang kena potong 6 macam ni taw::


 ::how come u sho cute??::


 ::ony0ny0ny000:: 

>>effect kecomelan adalah harus kerana tukang masak adalah chomel<<

puikk!!

 Cara-Cara:
i) Didihkan air setengah periuk. Sementara tunggu air mendidih, potong bawang besar (potong 6) dan hiris daun ketumbar. Yong taufu pun boleh lah dipotong kecik2  dan dibilas sedikit dengan air.

ii) Bila air tu dah nak mendidih, masukkan daun ketumbar dan bawang. Tunggu sampai dia menggelegak lagi sekali baru masukkan yong tau fu pulak.

iii) Lepas dah masukkan yong tau fu, tunggu lagi sampai menggelegak lagi sekali baru masukkan serbuk maggi cukup rasa, garam dan lada sulah..tak perlu banyak sangat pun janji secukup rasa..kemudian tutup api..dah siap!! Hidangkan dengan bawang goreng lagi sedap rasa macam menang award gitew..hee..(^^,)b


 "haaaaAAAAAAAA"

Resepi ke-2 adalah

Asam Rebus Bendi bersama Ikan Masin

Nama resepi xperlu azwan ali sangat janji rasa sedap! haha~
Sesiapa yang tak pernah cuba resepi ni memang dia adalah insan yang rugi didalam dunia yang fana ini kerana resepi ini ada lah resepi yang paling senang dan paling cepat dan sedap untuk dibuat..malah boleh membuatkan para ayah, para suami, para boifren malah para-para sakura sekalipun menghirup pinggan sehingga licin...kalau tak percaya cubalah!
::harap maaf ayat iklan shaaaannngaaattt!!!::

Bahan-bahan yang kita perlukan:

10-15 biji bendi
1 peket tulang ikan masin
3 biji bawang merah*
3 biji cili merah/cili hidup*
3 keping asam keping
sedikit belachan*
air
(*dikisar ye puan-puan)

 ::rupa paras tulang ikan masin::


 ::bahan-bahan kisar::


 ::asam keping::

Cara-Cara:

i) hidupkan api, isi air dalam periuk agak-agak setengah periuk.

ii) Masukkan bahan2 yang dikisar tadi kedalam periuk, ikan masin dan asam keping. kacau manja.

iii) Bendi direndam dalam air dulu..jangan potong apa-apa tanpa kebenaran..pastikan bendi yang anda adalah bendi yang muda sebab bendi yang tua rasanya xohsem..haha..macam mana nak tau? korang patahkan sikit kat hujung bendi tu..kalau senang je nak patah ala-ala ranggup gitew makna nya bendi korang tu muda la..kalau macam liat2 sikit tu maknanya bendi tua.  okeh..bila dah selesai belek-belek bendi, kuah tadi pun dah menggelegakkan, bolehlah potong kepala bendi tu dan hujungnya...masukkan kedalam kuah.

iv) Kalau ikan masin yang korang masukkan tu dah memang masin, tak perlulah tambah garam dalam kuah..tapi kalau kurang masin, bolehlah tambah garam sikit..sikit je taw...jangan banyak2..nanti bahaya..hiuff~ lepas dah masukkan bendi, tunggu kuah tu menggelegak sikit tapi jangan sampai menggelegak kritikal yer..boleh la tutup api..siap!!


Sampai hati u'olls xpercaya resepi memang kacang bak kata cik paghah tadi..cik paghah siap set time taw..10 minit je masak benda ni..penyediaan pun 10 minit je..agak2 terbangun lambat dan xtau nak masak lauk apa..buat je la lauk ni..sodap dan cepat!!


 HaaaAA...HaaaaAA

Selamat Mencuba!!!

(^___________^)b





No comments:

Post a Comment