Labels

Labels

:: Kalau Comel Click Ler::

Sunday, August 12, 2012

150 juta kali

Lagu paling sweet...after all..paling jujur ikhlas....




Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–
saya kenal sayang saya

"Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
"
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala

Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua...


awww...

(^___^)

 tata..papai


Friday, August 3, 2012

How Come...??

Assalammualaikum w.b.t

(^_^)


How come lepas 2 minggu tak update blog and then boleh buat muka comel-comel tak bersalah pulak macam kat atas tu? nasib baik gigih nak buat 2 entry dalam masa kurang 24 jam...hewhewhew...


How come selepas 2 minggu berpuasa hanya Jari Kelingking ai je yang kurus?? 
weyh..apahal ni weyh..ko puasa ke tak ni hahhh??? o_0


How come raya tahun ni pulak ramai designer-designer letupss nak keluarkan ready-made edition?? time gaji ai letups tahun lepas u'olls uat senyap je kan?? k..foine..foineee...
 

How come dah 2 minggu puasa ai masih belum beli baju raya lagi ni?? this is very-very weird bro..boleh kira pecah record dah ni..kalau diikutkan resam cik paghah..lagi 2 minggu sebelum puasa memang cik paghah dah usha line dekat Jalan TAR tu..start je bulan puasa boleh dikatakan tiap-tiap minggu wajib singgah bazar di Jalan TAR takpun bazar-bazar yang ada di sekitar Kuala Lumpur kerana adanya kakak2 opis yang sungguh mempengaruhi pemikiranku...tetapi tahun ini..bunyi cengkerik je yang keluar dari tepi wallet kerana kurangnya aktiviti sebegitu rupa..lemak dibahagian peha pun mula membiak dengan jayanya dan ini sangat tidak ohsem kerana tidak boleh memakai baju rekaan peplum...see..how big is the consequences to me??  
Arrggghhh....Setereeesssss!!!



How come dah pukul 6:30 dan ai belum semayang Subuh lagi ni?? sibuk tercangak depan laptop sambil mengomel how come?? how come?? tido la weyh..esok kije..yer..ko sorang je kije cik paghah..orang lain semua sibuk dah buat kuih, beli baju, kasut, handbag dan tawaf Jalan TAR dan kawasan yang sewaktu dengannya...aaargghh xkira! hari isnin nak cuti jugak..dan jangan tanya "how come you on leave haa" yer bos...


k bai






TWO-KANG MASHAK!

salam..hye kengkawan!!
(^_^)v

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang Mulia!!

Curlass kan dah 2 minggu puasa baru nak ucap selamat..harharharrrunn...

Biasa lah..hidup wanita bekerjaya + part time housekeeper memang macam gini..busy sampai kan xsempat nak hapdate..hewhew..

Bulan ramadhan tahun ni harap-harap lebih bermakna bagi semua orang..Ada yang dah bertukar status..(ehem..ehem..) ada yang bakal bertukar status (ehem..ehem..ehem..)  dan ada yang entah bila entah nak tukar status nye pun adoiyai terrrrberr pun tak tahu la..tapi apa-apa pun moh la kita bersama-sama berlumba untuk mengumpul pahala di bulan bonus ini...winkwink!!

Merujuk kata orang jawa "sharing is caring", cik paghah pun dengan baik hati nya ingin mengkongsikan beberapa resipi yang boleh korang try kot-kot dah kehabisan idea nak masak apa untuk lauk berbuka ataupun untuk lauk sahur..resepi ni senang je beb..cik paghah yang tak reti masak ni pun tutup mata je wa cakap lu..

(mode: tukar suara jadi chef wan)
okeh..resepi kita yang pertama ialah


Sup Yong Tau Fu Awesome Yang Ohsem

Bahan-bahan:

Yong taufu campur ---> beli la mana-mana yong tau fu yang korang suka, cik paghah punya ada angry bird u'olls!
2 biji bawang besar
2-3 batang daun ketumbar ----> daun ketumbar ni beli yang bau dia busuk taw..chinese coriander xsilap nama dia
serbuk maggi cukup rasa
garam & lada sulah sedikit
bawang goreng

 ::bawang kena potong 6 macam ni taw::


 ::how come u sho cute??::


 ::ony0ny0ny000:: 

>>effect kecomelan adalah harus kerana tukang masak adalah chomel<<

puikk!!

 Cara-Cara:
i) Didihkan air setengah periuk. Sementara tunggu air mendidih, potong bawang besar (potong 6) dan hiris daun ketumbar. Yong taufu pun boleh lah dipotong kecik2  dan dibilas sedikit dengan air.

ii) Bila air tu dah nak mendidih, masukkan daun ketumbar dan bawang. Tunggu sampai dia menggelegak lagi sekali baru masukkan yong tau fu pulak.

iii) Lepas dah masukkan yong tau fu, tunggu lagi sampai menggelegak lagi sekali baru masukkan serbuk maggi cukup rasa, garam dan lada sulah..tak perlu banyak sangat pun janji secukup rasa..kemudian tutup api..dah siap!! Hidangkan dengan bawang goreng lagi sedap rasa macam menang award gitew..hee..(^^,)b


 "haaaaAAAAAAAA"

Resepi ke-2 adalah

Asam Rebus Bendi bersama Ikan Masin

Nama resepi xperlu azwan ali sangat janji rasa sedap! haha~
Sesiapa yang tak pernah cuba resepi ni memang dia adalah insan yang rugi didalam dunia yang fana ini kerana resepi ini ada lah resepi yang paling senang dan paling cepat dan sedap untuk dibuat..malah boleh membuatkan para ayah, para suami, para boifren malah para-para sakura sekalipun menghirup pinggan sehingga licin...kalau tak percaya cubalah!
::harap maaf ayat iklan shaaaannngaaattt!!!::

Bahan-bahan yang kita perlukan:

10-15 biji bendi
1 peket tulang ikan masin
3 biji bawang merah*
3 biji cili merah/cili hidup*
3 keping asam keping
sedikit belachan*
air
(*dikisar ye puan-puan)

 ::rupa paras tulang ikan masin::


 ::bahan-bahan kisar::


 ::asam keping::

Cara-Cara:

i) hidupkan api, isi air dalam periuk agak-agak setengah periuk.

ii) Masukkan bahan2 yang dikisar tadi kedalam periuk, ikan masin dan asam keping. kacau manja.

iii) Bendi direndam dalam air dulu..jangan potong apa-apa tanpa kebenaran..pastikan bendi yang anda adalah bendi yang muda sebab bendi yang tua rasanya xohsem..haha..macam mana nak tau? korang patahkan sikit kat hujung bendi tu..kalau senang je nak patah ala-ala ranggup gitew makna nya bendi korang tu muda la..kalau macam liat2 sikit tu maknanya bendi tua.  okeh..bila dah selesai belek-belek bendi, kuah tadi pun dah menggelegakkan, bolehlah potong kepala bendi tu dan hujungnya...masukkan kedalam kuah.

iv) Kalau ikan masin yang korang masukkan tu dah memang masin, tak perlulah tambah garam dalam kuah..tapi kalau kurang masin, bolehlah tambah garam sikit..sikit je taw...jangan banyak2..nanti bahaya..hiuff~ lepas dah masukkan bendi, tunggu kuah tu menggelegak sikit tapi jangan sampai menggelegak kritikal yer..boleh la tutup api..siap!!


Sampai hati u'olls xpercaya resepi memang kacang bak kata cik paghah tadi..cik paghah siap set time taw..10 minit je masak benda ni..penyediaan pun 10 minit je..agak2 terbangun lambat dan xtau nak masak lauk apa..buat je la lauk ni..sodap dan cepat!!


 HaaaAA...HaaaaAA

Selamat Mencuba!!!

(^___________^)b