Labels

Labels

:: Kalau Comel Click Ler::

Tuesday, February 28, 2012

::wordless wednesday - hey! hey! its 29th Feb!!

Peacho0
(^_^)v

helluww 29th Feb..

4 tahun sekali baru kita berjumpa kan..(^_^)

cuma nak cakap

Gambar Header dah bertukar..Lagu pun dah sedih..apa lagi yang kau nak??

ok..bye!

Monday, February 27, 2012

::ENTRY yang SESENTIP::



 it's time of the month..remember??

 .
 .
 .


LIFE is SIMPLE but NOT EASY
who's agree with me..please raise up your hand..
.
.
.

<sigh>
.
.
.

its not good, but it is a way to release some burden in your heart..

Life been tough for me lately, entahlah..buat apa pun semua tak kena..duduk rumah boring, pergi interview unsuccessful, sampaikan jadi model sekadar suka2 pun orang nak kutuk2 dengki2 bagai..serius tak faham dengan perangai manusia..tapi nak buat macam mana..dengki mendengki ni dah jadi budaya masyarakat melayu..telan je la walaupun pahit..to be honest..tak mahu nak cerita benda-benda sedih dan tak best ni kat blog since the blog's name pun dah bertukar dari "diari cik ratu air mata ke awesome yang ohsem" so i think this story isn't awesome enough for me to tell my readers..but I think again..I should share this so that somehow people could understand me better and its like my way of telling without telling you..ok..whatever~

LOSER..tak suka cakap perkataan ni..tapi inilah yang aku rasa semenjak bergelar seorang penganggur terhormat ni..rasa bersalah yang amat kerana tak dapat bantu famili..rasa sedih sebab aku rasakan orang sekeliling aku tengok aku semacam..duduk rumah membesarkan badan..orang senang je cakap..tapi orang tak tahu aku bertungkus lumus cari keje..buat itu..buat ini..tanya orang sana sini ada keje kosong ke tak..malu aku dah letak kat tepi..ada kawan2 cakap nak tolong aku hargai sangat..lagi2 kalau ada yang simpati dengan nasib aku ni..rasa macam nak nangis je..apa yang aku mampu buat hanya bersabar dan terus berusaha..

masa lapang yang aku ada buat sementara waktu ni aku cuba perkara2 baru yang aku fikir mungkin ini saja masa yang aku ada untuk aku cuba buat benda ni..so I've tried modelling..alhamdulillah..I've been gone through a few..happy for myself..dapat meletakkan nama dan diri sendiri di dalam majalah dan atas usaha aku sendiri dah cukup membanggakan aku..aku tak mintak orang nak puji ke nak sokong aku..cukuplah famili dan aku bangga dengan diri aku sendiri..menunjuk2 itu jauh sekali..xde niat pun dalam hati..tapi bila orang cakap aku mencari publisiti murahan, kemudian bangkit2 nama aku sebagai model dalam ayat yang seolah2 memerli aku..sedih rasa hati ni..kata kawan2 tapi tidak ada sorang pun kawan2 aku yang cakap 

"you've been someone..I'm so proud of you"

betul la orang cakap..orang yang sentiasa menyokong kita dalam apa yang kita lakukan memang susah nak jumpa..tapi orang yang ingin melihat kita jatuh dan bersedih memang terlalu ramai..tapi takpe..aku just anggap semua ni sebagai liku-liku dalam kehidupan..walaupun liku yang sedang aku lalui ini terlalu payah untuk ditempuh..namun aku akan tetap teruskan walaupun secara perlahan-lahan.. buat teman-teman yang sentiasa berada disisi, yang sering bertanya khabar, yang sering berusaha untuk membantu disaat aku memerlukan..aku sangat sayangkan kalian..terlalu sayang..terima kasih yang ikhlas dari hati..buat teman-teman yang tidak suka atau benci melihat kejayaan aku, terima kasih juga buat kalian sebab kalian buatkan aku lebih kuat dan matang hari demi hari..

love

salam..bye!

p/s: I believe I can FLY!


Sunday, February 26, 2012

SuperLoiiiikkeee...!! d(^_^)b

(^_^)v
peach0o!!

Last nite u'olls..I watch Hip TV at Channel 9..and at the end of the show they put this video clip which I know very well lah kan this song..
Its "Sesaat Kau Datang - Ramlah Ram ft Sleeq"..before this I never watch the official video clip one..then after I watch, I was like..w0w! I Loikeee!!! (very the gatal bunyinye)




I said.."o0MiGoshH" the groom in the video clip, the dress, the place, the decoration, the bride & groom, the bridesmaids (superchomels), the scenery, the groom, the sleeq's...(saje nak mention groom tu manyak kali sebab ensem!) hewhew..it was just AWESOME..!! to tell u..I very the heart this video clip..the dress is by Yasalma collection and no wonder la it is superbb! both heroin in clip are also beautiful themselves! 

So, I sudden - sudden (tiba-tiba)  planning on my dream wedding to do like this one..but..if my budget is enough la..if don't..u guys don't ever mention about this hokeyyy!

hewhew....

when la I'm going to get married??


p/s:  sorry about the language..my stomach is so full of nasi minyak + kambing..till now I still penin2..
"mak penin makan kambin"

till then!
(^_^)v
peacho0!

Saturday, February 25, 2012

::JoHan & OzLynn::

 LOVE THEM BOTH!!



Siapa tak kenal Johan Raja Lawak kan?

and his gorgeous wife..Ozlynn..Ozlynn pun sebenarnya seorang pelakon dahulu tapi sekarang semenjak dah berkahwin dengan Johan maka namanya pun turut terkenal sebagai isteri kepada Johan Pak Lawak iteww..Love this couple so much laa..they are sweet together..but at the same time sengal forever..susah nak jumpa artis couple yang boleh bergurau macam ni..selalunya banyak yang cover2 tapi faham-faham je la..Johan ni kan hyperactive so wife dia terpaksa mengikut rentak dia..hehe..suka sangat! (^_^)

bawah ni ada rakaman rancangan serasi bersama dan rakaman radio ERA.FM 
Johan & Ozlynn
Layannnnzzz...


ayat Ozlynn yang paling best yang pernah aku dengar
"Johan suka minum air longan..hari2 kalau boleh suh saya buatkan air longan..tapi kalau longan xde dia mintak jugak..lengan aku bagi"

hahahahaha!!

giler ganas punya wife..ada lagi satu bukti yang menunjukkan Ozlynn ni ganas..ce dengar rakaman ni pulak..


ni lagi satu hal..selamber je tepon Johan masa dia ngah on-air..steady dapat wife macam ni..kihkihkih..

best2..aku memang peminat Johan ni..tapi bila dapat tahu yang wife dia pun 2x5 cam dia jugak lagi la aku bertambah2 suka ngan couple ni..semoga perkahwinan mereka berkekalan sampai bila2..

(^_^)v

p/s: perempuan memang akan tertarik dengan lelaki yang selalu membuat mereka ketawa dari lelaki yang selalu membuat mereka menangis..sebab tu ramai pelawak dapat wife yang cun2...and that is fact! teehee..

till then!

Tuesday, February 21, 2012

::Pantang - Larang::

 DANGER!


selalunya korang akan dengar perihal pantang-larang ni dari orang-orang tua kan..bermacam-macam jenis pantang larang yang mungkin korang pernah dengar macam contoh...

 "anak dara xelok kentut kuat-kuat..nanti rombongan meminang patah balik"
(hehehehee..)

tapi mesti korang sendiri pernah dengar ayat 'pantang' dari mulut member-member korang jugak..dan ayat dia mungkin berbunyi seperti ini...

"gwa pantang betullah dengar orang rem2 motor ni..terbakar jiwa gwa beb"

haa..lebih kurang la kan..tapi kali ini cik paghah tak mau cerita pasal pantang-pantang tu semua..kalau korang nak tau tentang pantang-larang dalam dunia melayu..sila lah google sendiri..kali ini nak cerita tentang...
 .
.
.
.
.
"Cik Paghah dan Pantangnye"

#1 - Aku pantang betul kalau orang gem0k cakap aku gemuk!

xkisah la ayat dia macam mana..berisi ke, boolat ke, tembam ke, domok ke..yang pasti aku paling xboleh terima kalau ayat tu keluar dari mulut orang yang saiz badan, pipi, perut, peha beliau lebih kurang sama besar atau lebih besar dari aku..rasa macam nak cakap balik je..

"eh..eh..cakap tentang diri sendiri ke tew? " 
 (panas je)

atau pun bagikan dia hadiah cermin supaya dia boleh cermin diri dia sendiri kot2 dia xperasaan siapa yang gemuk sebenarnya selama ini..kalau korang nak cuba try tengok muka aku macamane kalau orang langgar pantang aku ni try la test sekali..memang on the spot muka aku akan berubah..jangan tanya kenapa lepas tu korang terus nak balik rumah laju-laju...

p/s: gwa memang serius betul dengan pantang gwa yang no 1 ni ok..harap maklum!

#2 - Aku pantang kalau orang usik barang aku!

Don't mess with my thing - and that is my warning..
dari kecik aku memang suka kumpul barang-barang comel, hias bilik aku comel2 wangi2 bagai..aku ni jenis yang suka mengumpul..suka mengumpul habuk pun ye gak..hehe..sampai sekarang barang yang dari sekolah rendah pun masih ada lagi..sayang rasa nak buang sebab banyak sangat sentimental value..oleh yang demikian itu..bilik aku akan selalu digodam oleh adik2 aku yang dengki tengok barang2 aku elok je then barang2 diorang selalu cepat rosak sebab diorang xjaga macam aku..aku ingat lagi..siap buat notis lepas tu tampal kat pintu bilik..notis tu berbunyi macam ni..

"Jangan Masuk Bilik Akak! Siapa Masuk Dosa Besar..Siapa Nak Masuk Jugak Bayar 50 sen!!"

aku pun konpius jugak sebenarnya..boleh masuk ke x ni kan..hehe..masa kecik2..ayat memang selalu keliru dengan niat di hati..tapi yela kan..masa kecik2 dulu duit 50 sen tu dah kira besar sangat la..lagi pun aku tau adik-adik aku mesti xde duit nyer nak bayar kalau tertangkap dengan aku diorang pecah masuk bilik tu..haha! kira berkesan jugaklah ancaman aku ini..(gelak jahat sikit)

#3 - Aku memang pantang kalau aku dah kemas orang buat sepah balik!!

aku akui..tugas sebagai kakak sulung dan ada adik2 yang ramai memang terlalu mencabar buat aku..namun..aku redh0..hewhew..kalau xkemas rumah..abah membebel..kalau aku kemas aku pulak yang membebel..mana x nya..bila kemas kanan..kiri bersepah..kemas bagai nak gila tapi tunggu la xsampai 5 minit mesti bersepah balik..time aku baru lepas kemas la air nak tumpah la..cawan nak pecah la..bom nak meletup la..stress tau x stress!! urgghh!! memang makan penyapu la jawabnye kalau ada adik2 aku buat macam ni..

p/s: yer..gwa memang garang macam singa betina..sampai singa betina pun mintak resign!

#4 - Aku memang pantang kalau benda yang aku xbuat orang tuduh aku buat!!

benda ni memang sentap arr..xsuka ouh kalau benda tu aku xbuat pastu cakap aku buat..siap tambah perisa oren lagi kan dalam tuduhan tu..selalunya kalau kes ni aku memang akan meletup..tapi meletup dengan air mata dulu la kan..aku akan nangis sambil bebel2..(ntah ape jenis perangai tah) kalau aku buat benda tu xpe nak cakap..tapi..kalau aku xbuat jangan nak berani2 cakap eh..ada ke baru-baru ni scandal kan aku dengan remy ishak..sampai dah nak clash dah orang tu..hoi gila ke hoi! agak2 la...

#5 - Aku memang pantang kalau orang tu banyak duit tapi dia nak pinjam duit aku!

sorry to say..aku memang kedekut..eh..ayat yang lebih manis..sayang duit..aku memang berkira sikit kalau orang nak pinjam duit aku ni..bukan apa..dari kecik aku dah diajar utk manage sendiri kewangan aku..aku jenis xsuka meminta-minta duit belanja dari mak ngan abah sebab aku faham diorang nak belanja adik2 aku lagi..kesian kat diorang..so apa yang diorang bagi tu aku akan manage elok2..mana yang xpenting tu aku ketepikan dulu..kalau benda yang betul2 aku nak aku akan kumpul duit aku sendiri..cuma aku xfaham macam mana orang yang konon2 kaya serba serbi lengkap tapi semuanya dengan meminjam..seriusly..aku xle handle dengan orang macam tu..lagi2 kalau dia nak pinjam duit aku yang serba serbi kurang lengkap ni..memang aku akan cuba elak seboleh-bolehnya..tapi kalau rekod dia clean means dia bayar on time macam yang dia janji kan so aku akan pertimbangkan...amacam..? scary?? hehe..sbr dulu..baru sikit kot ni..

I'm actually a very simple person but if you know me very well..cuma jangan wat hal je la kan kalau tak..barulah korang tahu erti penyesalan..

p/s: hair dryer missing in action la pulak..siapa punya keje la ni!!!

till then! 



 


Monday, February 13, 2012

From A Friend to Another..(^_^)


                                                              ::Rahsia Surah Al-Kautsar::

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


semoga kita sama-sama mendapat kebaikkannya..(^_^)
till then!

Miss BridesMaid

ehem-ehem!

baru sahaja menempuhi minggu yang sangat penuh dengan aktiviti dan hasilnya adalah sebakul baju yang bakal dibasuh dan bilik yang iras2 sangkar panda yang baru bersalin anak sulung..hewhew..tabiat sungguh la cik paghah ni memang xsuka basuh baju jalan-jalan dgn menggunakan mesin sebab selain untuk kepuasan hati dalam menjaga material kain ia juga merupakan medium utk cik paghah menyalurkan kemarahan..
ciss! cam nak mintak pelempang je ayat ni..=p

sabtu dan ahad yang lepas sepupu saya a.k.a laksamana bintang kecil a.k.a abg nizam telah melangsungkan majlis perkahwinan beliau di hulu langat selangor dan tiba2 secara tidak semena-menanya saya telah dilantik menjadi pengapit disaat-saat akhir..pheww..nasib baik sebelum ni pernah jadi pengapit untuk kak wani a.k.a my ex-colleague lalu saya pun setuju laju2...jadi pengapit retis tu..sape xmau..hehehe..


 with kak wani


 ::encik dan cik puan::

 ::yours truly::

 ::walaupun sedang membetulkan kain tapi posing itu adalah harus::


 the pengapits who always ready for camera



::sajew jew nak letak dua gambar kat atas ni untuk menunjukkan kegigihan cik pengapit::

kuikuikui..

nampak x perbezaannya disitu..gambar cik 'first timer' dengan gambar cik 'experience'?? hehe..first time jadi pengapit nerves gila sampai sanggup google tips menjadi seorang pengapit cemerlang..bila tips tu cakap..sila jangan "caras" pengantin..lalu saya dengan naifnye jadi pengapit yang tanpa bermekap..hewhew..
sebenarnya..boleh je mekap supaya anda nampak berseri disisi pengantin dan didalam gambar..tapi jika anda mahu kelihatan berseri tanpa bermekap..minumlah innershine..seri innershine le tew..=p

penat sebenarnya jadi pengapit ni u'olls..lagi2 pengapit perempuan..yela mana tak nye..kita adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk memaintainkan kecantikkan pengantin tersebut di hari bahagia mereka.. nak diikutkan pengapit ni kerja dia macam dayang menjaga puteri la tapi sebenarnya itu adalah satu penghormatan kerana kita adalah orang yang dipercayai untuk berada disisi pengantin di hari istimewa beliau..that's why kalau kita tengok selalunya pengapit adalah best friend kepada pengantin or someone yang they can really trust to ask for help..aicheewwaah...

oh yer..buat sesiapa yang mencari-cari tips untuk menjadi pengapit..saya ada la serba sedikit info untuk dikongsi kan..nak kata pengalaman sangat tu xde la tapi bolehlah tolong sikit-sikit..=p


1. Confirm betul2 dengan pengantin tema warna baju pengapit pada hari tu.
kalau boleh biarlah matching dengan baju pengapit lelaki..sometimes pengantin siap sponsor lagi baju pengapit so untunglah kalau dapat baju sponsor kan..lagi senang..(^_^)

2.  Di hari kejadian..pengapit haruslah sentiasa ada disisi pengantin.
kalau boleh biarlah dari pagi ngko berkepit dengan pengantin tu..makan sama2..minum sama2..selalunya pengantin akan mekap awal..so jangkamasa mekap tu agak lama..jadi seorang pengapit yang cemerlang haruslah prihatin terhadap keperluan pengantin..tanyalah pengantin kot2 dia lapar ke..dahaga ke..tolonglah ambilkan air atau makanan untuk pengantin alas perut..kalau rajin lagi..leh tanya mak andam jugak..hee..


3.  Sentiasa alert dengan barang-barang yang seorang pengapit harus pegang.
tanya mak andam dekat mana payung, hand flowers pengantin, kipas dan kasut pengantin juga...letak satu tempat yang korang senang nampak..please ek..tolong jangan biarkan anak2 jiran atau anak2 sedara pengantin main2 dengan benda ni..bila hilang..barulah korang tahu erti penyesalan..hewhew..


4.  Benda yang harus ada dekat tangan ialah tisu atau span mekap.
seharusnya tanyalah mak andam dulu..mana lebih elok untuk memaintainkan mekap pengantin..selalunya tisu digunakan untuk mengelap peluh pengantin atau air mata yang berjujuran akibat sebak dada time upacara renjis merenjis dijalankan..tapi ada juga mak andam suggest supaya memegang span mekap supaya dapat touch up sikit2 kat muka pengantin kot2 kalau mekap pudar..


5.  Pengapit harus alert dengan semua benda yang berkaitan pengantin.
 especially part veil..sentiasa betulkan untuk pengantin nampak cantik..especially time pengantin nak duduk, jangan biarkan dia terduduk atas veil..tak pasal2 terlengak fule kepala dia..hewhew..kalau baju pengantin meleret2, kenalah angkatkan part yang meleret tu supaya tidak menyapu sampah2 yang berdekatan atau lauk pauk diatas lantai..this is true..i have experience on this..(T_T)



6.  Sentiasa murah dengan senyuman.  
walaupun korang hanyalah sandaran dan niat orang yang datang kenduri adalah untuk melihat pengantin, pengapit pun memainkan peranan yang penting sebenarnya..walaupun kadang2 terperasan cam orang nak ambik gambar kita ataupun tengok kita..senyum itu haruslah sentiasa berada di muka..janganlah anda memandang enteng perkara ini kerana ianya serius yer..wajah korang akan sentiasa termasuk dalam frame gambar disedari mahupun tanpa disedari..kadang2 bler semua orang sibuk untuk mengambil gambar pengantin korang jangan terkejut jikalau ada kamera2 mengambil gambar pengapit pulak sebab diorang bosan tunggu turn nak ambil gambar pengantin.. walaupun korang jenuh atau tangan lenguh mengipas pengantin..walaupun korang ketibas tahap kritikal..korang seharusnya redho dan teruskan senyum..hanya senyum..xperlu kata apa2..ngehehe..

rasa2 cik paghah ni jela kot benda penting yang korang harus ingat kalau menjadi pengapit..penat memang penatlah kan jadi pengapit ni..tapi sangat gembira jika tengok pengantin happy pada hari istimewa diorang..dapat pahala taw if kita buat orang lain happy..(^_^)v

opps!

lupa nak pesan..

kalau pengapit lelaki ensem..sila jangan main mata ngan beliau..takut2 kantoi xpasal2 kena kawin terus..kehkeh..


so i guess..that's all guys..thanks for reading..




Sunday, February 12, 2012

seeePRAISEEEE!!!

ye nok...

mak tanjat sangat2 sampai rasa-rasa nak panggil datin maimon..

tidak disangka belog mak yang xseberapa ini ada pembaca setia..pembaca setia itu adalah peminat misteri..curlass mengalahkan retis..

lalu..

mak letaklah gambar eric leong pujaan hati untuk mengambarkan betapa serpraiseeenye mak dengan berita tersebut..



thanks for reading my blog anyway..(^_^)

Tuesday, February 7, 2012

Riang-Ria di Berjaya Times Square..\(^_^)/

hye u'olls!!

tajuk entry umpama riang-ria dihari raya kan? hewhew..

kalau u'olls nak tahu..semenjak pembukaan indoor theme park di Berjaya Times Square pada tahun 2003 (lebih kurang) baru semalam my alls menjejakkan kaki ke dalam theme park tersebut..haha! batak x batak jugak la kan sebab selama ni pergi times square hanya dengan niat yang berbunyi begini 

"sahaja ak pergi ke times square untuk membeli baju atau sahaja ak pergi ke times square untuk dating" 

kuikuikui..

seriously xpernah terlintas dihati sanubari nak pergi masuk ke dalam taman tema tersebut..tapi mulut tu selalu juga melopong apabila melihat ketegaran mereka2 yang menaiki roller-coaster yang agak mencabar juga landasannya itew..hewhew..tapi semalam gwa dah try roller-coaster tu..xla mencabar mane punnn!! cehhh!! =p

tiket masuk utk dewasa rm37 dan kanak2 (12thn ke bawah) rm27.. ini harga bagi mereka yang mempunyai mykad dan pada hari public holiday yer..kalau pergi hari bekerja murah sikit regenye..kopak den..hewhew..mula-mula masuk harusnya dimulakan dengan sesi memanaskan badan dahulu..naik yang family ride je dulu..teman adik-adik..akak kan ramai adik kecik dik non..hee..

 budak baju merah la pengaruh abah suh gi kat sini..hewhew..


 berlima je..amoi tu pakej lain..heee...


yer..safari ride..hewhew..

dan kemudian..lepas dah panaskan bontot masing-masing..kini tiba masa kita untuk ke aksi yang lebih lasak fule..yeah!! (takut-takut berani)

 naik benda ni siyes rasa geli2 kat tali usus..lg bertambah geli bila tgk ada tudung org dah terbang2 sampai tinggal anak tudung je..kehkehkeh..opss! tudung mak terbang straight je hokay..ttp maintain vogue wlupun geli hati..hihiii..

 space attack yang sampai leh uat orang heart attack!!


 tapi xnaik pun..teman budak rambut kembang ni kat bawah..hehe


 benda ni pun satu hal..nampak cam harmless je sebab dia xla turun laju-laju macam kat genting tu..tapi dia memusing je kat atas tu..kalau kamu kurus dan pakai seluar licin silalah jangan naik benda ni..takut2 boleh tergelincir..masa kat atas tu gayat sangat bila tgk kat bawah...huhuhu..


yang ini pun sama..mungkin jus didalam otak boleh bercampur-campur selepas naik benda ini..huhu

gambar main roller coaster dengan bumper car xde kat sini..sebab photographer teruja lebih nak main..kalau nak buat comparison antara theme park kat times square dengan theme park kat genting..masing2 ada kelebihan masing2..TS best sbb xramai then xpayah nak beratur lama2 untuk main games dia plus dia murah sikit dari kat genting...but for me..I enjoy more when at Genting la..xtahu la..mungkin faktor cuaca membuatkan perasaan itu lebih teruja kot..orang cakap..kalau sejuk-sejuk tu perangai jadi lain macam sikit..orang cakap la kan..orang cakap...~ 

k bai..

Wednesday, February 1, 2012

Jazz'in January!!

helluu u'olls kesayangan..(^_^)

habis sudah bulan januari..kini tiba pula bulan februari..owh..februari..please be nice to me..please..pleasseee..

januari 2012 merupakan permulaan yang agak hebat buat ak..last week was the busy-esst week for me!!
got to attend 2 interview session, another photoshoot session..(ehem!) and dapat menonton Anugerah Juara Lagu ke-26 secara LIVE!! 
wuhuuu..total sco00rreee!! \(^_^)/

serius cakap..dulu..I mean 24 years back..ak xde nafsu nak buat semua benda2 yang agak adventure ni..nafsu tu ada tapi terlalu memikirkan consequences terhadap perkara2 yang bakal ak buat itu buatkan ak tak dapat menikmati erti kehidupan yang sebenar..
(hak tuihh..betei2 serius ayat ak ni)

tapi sekarang..ak rasa..pergghhh..gila rugi bila fikirkan balik..bila ak dah masuk umur tahap remaja purba barulah ak terhegeh-hegeh nak buat benda ni kan..lepas ni ak nak serius bawak kereta pulak..nak buang jauh2 perasaan takut tu..abah dah sound tepek banyak kali..dah xsanggup nak dengar dah..huhuh~(--")

btw..gambar pergi interview dan photoshoot tidak ada yakni tidak diletakkan di dalam blog ku ini atas faktor-faktor surprise yang mungkin hilang jika ak letak dalam blog..kehkehkeh..so korang layan je la gambar AJL ke-26 ni..dan..seperti selalu..caption akan disediakan sekali..(^_^)v



::stadium putra bukit jalil yang ramai gilos orang..hewhew..::


::tips to share::
always take picture with someone who is slightly bigger than u so than u will look smaller

kehkehkeh..

:: next tips::
always take picture from higher position 
so that..ur supersize peyot n peha xkelihatan
hewhew..


::excuse the "jari bengkok"::

 :: hafiz wannabe::
congrats awan nano..nano..nano..!!


::najwa latiff wannabe::
kuikuikui..=p

 budak tengah baju putih  tu pakai contact lense..pastu kejap2 tanya..
"eh..eh..contact lense org terkeluwaw x kak.."
nyampah i..


::performance by atilia n monologue::
atilia super chomelss!!

banyak gila gambar sebenarnya cuma xlarat je nak upload..AJL was truly an awesome experience for me..been mesmerized by alyah-kisah hati performance (sebab ada remy ishak part last tew) and performance bakor piano by faizal tahir-karma..dan satu lagi tips..sila pakai flat shoes kalau anda dapat tiket free aras 4 yer..sebab seriusly boleh tergolek-golek kalau tersilap langkah dan kaki melecet (kalau pakai heels)..hewhew...



oh..o0h!!


lupa nak cakap..




"happy engagement to one of my bestfriend"
cik huda kassim
awak sangat comel dan berseri2!!

hee..

saje je taw nak bakor line cik huda ni..hee..xpe2..nnt awk kawin insyaAllah kte datang yer wak..(^_^)

till then..tata!!