Labels

Labels

:: Kalau Comel Click Ler::

Showing posts with label Cooking. Show all posts
Showing posts with label Cooking. Show all posts

Tuesday, February 10, 2015

Home-Made Sushi Roll

Assalammualaikum

(^_^)
Helluu


Haa.. hari ni kita nak share recipe pulak.. dah lama tak share recipe mashak2 kan.. hihihi.. 

sejak dua menjak tiga menjak ni.. tekak memang mengada tahap dewata.. ada je benda yang teringin tapi tak semua boleh telan.. sebabnya..?? nanti next entry la kita cerita.. bagi suspens sikit.. ehe.. 

Sebenarnya memang tak berapa minat sangat makan makanan jepun atau korea ni.. boleh makan tapi tak de la die-hard fan sangat.. dah kata tekak ni tekak bengali + mat saleh.. memang jauh bebenau la makan sushi segala bagai ni.. hewhew.. tapi sejak kawin dengan Ijat San, terasa2 pulak nak makan sushi.. siap ingat nak buat bento lagi kau.. gigih sangat kan.. hahaha.. 

lagi satu.. sebab tertengok channel Maangchi dekat youtube tu.. dia buat gimbap.. ala2 sushi roll jugak tapi versi korea.. Maangchi ni comel sangat.. masak tu sungguh2 sangat tau.. pipi dengan jari dia tembam gumuk2.. geram pulak tengok..selera tengok dia masak haa.. bawah ni link dia.. free2 g la tengok.. hee..


ok.. let's start! 

first.. bahan2.. 

:: picture credit to google:: 

1. Beras Sumo
- beras ni pendek2 ketot je.. comel sangat.. hehe.. sepeket kecik tu rm9.90 ye kawan2.. sukatan 1 cup beras, 2 cawan air.. basuh sekali je..


2.Seaweed
-beli yang pakej ada 3pek free bamboo mat.. 1 pek ada 10 pcs seaweed.. rm14.90 camtu harga dia 


3. Crab Stick 
- kena rebus dulu.. dalam 4-5 minit tapi jangan sampai kembang sangat.. nanti tak sedap & hilang selera nak makan.. hewhew.. 


4. Timun Jepun 
- better dari timun biasa sebab lagi ranggup dan kurang berair.. cuci bersih2 rendam dalam air garam jap.. pastu tos dan keringkan


5. Tuna dalam Tin 
- yang ni kena pilih yang betul2.. pilih yang flaky yer.. bukan yang tuna mayonis tu.. yang mayonis tu sesuai untuk buat sandwich.. kalau suka yang pedas boleh beli yang hot punya.. 

Cara Penyediaan: 


Masak nasi macam biasa.. lepas nasi masak.. kena keluar kan nasi tu sebab nak kena rehatkan dia.. tak boleh guna nasi panas yer untuk sushi.. dah keluarkan nasi.. amik cuka, gula dan garam.. yang ni untuk seasoning.. sebenarnya ada jual yang dah siap.. tapi sebab ragu-ragu jadi buat sendiri je.. 
sukatan cuka tu agak2 dalam setengah cawan..tapi kita tak letak banyak sangat sebab tak boleh makan cuka banyak.. hee.. =P  pastu campur satu sudu gula dan garam.. larutkan dan tuangkan nasi yang baru keluar dari periuk tu.. kena ratakan betul2 larutan tu tadi dan biarkan nasi tu rehat dalam 10 minit.. 

sementara tu korang boleh siap2 kan bahan inti sushi ni.. 



macam kita cakap tadi.. crab stick tu kena rebus dulu kejap lepas tu timun jepun potong memanjang agak2 sama panjang dengan seaweed tu dah kira cun la tu potongan korang.. jangan tebal sangat nanti susah nak balut.. 

tuna dalam tin tu keluarkan.. letak dalam mangkuk.. better toskan kan air dia supaya nanti sushi tak berair.. 

ok dah siap semua bahan..dah boleh men'sushi'..!! 


bentangkan seaweed to macam ni atas bamboo mat korang.. amik sesenduk nasi sushi tu.. letak tengah sikit dan rata2 kan.. gambar atas ni korang nampak garis2 kan.. so bawah ni kita lukis anggaran berapa banyak portion nasi yang the best korang patut letak

haha.. gigih tak lukis comel2.. sebab masa nak buat ni tangan dah pegang tu pegang ni so takkan nak pegang camera lagi.. jadi i'olls lukihla... hihi.. korang letak nasi dalam 3 row je taw.. pastu ratakan nasi tu pakai jari.. basahkan sikit hujung jari sebelum ratakan sebab tak nak bagi nasi melekat kat jari.. nasi tu ratakan betul2 sampai tutup warna-warna hijau kat 3 row ni.. 


okeh.. sekarang untuk letak ingredient korang boleh refer gambar macam atas ni.. haa.. jelaskan.. hujung seaweed belah atas korang kena basahkan sikit supaya nanti dia senang melekat.. macam nak gam la fungsi dia.. 

Masa nak roll, 1 step.. gulung sampai meliputi semua ingredient.. pastu tekan-tekan kasi padat, lepas tu baru gulung sampai habis.. sebelum bukak gulungan tu..tekan dan padat-padatkan lagi.. kena sepenuh hati dan kasih sayang yer.. tapi jangan sampai hancur pulak roll korang.. ehe.. 

Ok.. dah siap roll.. restkan roll tu.. jangan potong lagi.. dah buat banyak2 roll baru potong k.. 

nak potong kena ada style jugak.. 

korang kena sediakan pisau yang betul2 tajam.. dan tisu basah.. setiap kali potong kena lap pisau tu supaya takde kesan nasi yang melekat tu.. buat memang macam leceh tapi bila nampak kemas dan cantik nanti korang akan puas hati.. ececece.. 

Tadaaa..~

Sushi Segambut-Style~

kita buat 2 jenis je.. isi tuna dan isi ketam.. dapat banyak dan memang kenyang sangat.. 

Ijat san approve.. cakap.. macam kat kedai dah ni.. 

yezza..!! 

v(^_^) v

tekak pun approve sebab dapat makan banyak dan kenyang.. hehe.. selamat mencuba!! 

Thursday, November 15, 2012

My NOT very LUCKY day

Assalammualaikum...
Hi u'olls!
cik paghah di dalam ghumah yaw
(translate: cik paghah in da house yaw..hehe)
ape kabor mengkeme2 sme?
harap sihat walafiat..ghindu x kat kitew tak? kitew memang sajew jew xmo hapdate belog sebab nak bagi ghindu...muehehe..lempang laju2 please...
di hari jumaat yg mulia ini..bagi mengkeme lelaki..lekas2 la bersiap utk solat jumaat dan untuk gadis2 meh cik paghah nak cerita al-kisahnya tentang semalam yang tak berapa nak bertuah buat cik paghah..huhu..tengok..nak cerita pun dah sedih..(T_T)
semalam, cadangnya nak buat durian crepe untuk keluarga tercinta selepas godek2 internet..cik paghah tgk "aik..xde la susah benor nak uat menda alah ni" ehehe...
pagi2 taw dah bangun plan nak merempit ngan abah nak pergi chow kit kedai bake with yen tu sebab nak kena beli whipping cream untuk buat inti durian crepe tersebut..oh yer..lupa nak cakap..semalam public holiday sebab Maal Hijrah..sebab tu la semangat waja nak mashak2 bagai..
Perjalanan dari segambut ke chow kit tidak lah jauh mana..tetapi secara tak semena-mena..turun hujan rintik2 air bergelora pulak di tengah hari..haishh..xpela..nasib baik hujan rintik2 je..sesampainya di chow kit..cik paghah agak lega jugak sebab tengok banyak kedai bukak walaupun hari cuti...TAPI..kedai Bake with Yen tu pulak TUTUP!
(bertuah punya kedai..dah jadi mualaf ke ape dak yen ni..bentak cik paghah yang panas hati..huh!)
disebabkan dah agak kecewa sebab xdapat beli dekat kedai kek maka perjalanan diteruskan ke Giant Batu Caves..punya la jauh dari chow kit sampai ke batu caves pulak..sakit pinggang kte taw..huhu..dekat Giant pulak..cari punya cari whipping cream tu xde..whipping cream yang diperlukan adalah seperti dibawah

satu Giant pun tak de jugak menda alah ni..yang ada normal dairy whipping cream..nak kena cari juga yang brand Rich ni sebab dia dah memang manis dan tak perlu tambah gula lagi dah tapi tak de jodoh nak berjumpa..huhu..sedih tak..sedih tak..sedih kan...

itu belum cukup sedih lagi..balik je rumah terus je zapzapzap siapkan makanan tengah hari..siap pakej jari terkena pisau terus je jadi 'suparjoe'...huhu..why la why...lepas dah siap msk lauk tengah hari cik paghah pun start la nak uat durian crepe tu..

hati munge2 macam org nak pegi dating..kekonon dah plan dalam hati..kalau sedap ni boleh la bukak kedai nanti..muehehe..tapi..apakan daya..selepas lebih kurang 1 jam 30 minit mengerjakan menda alah tersebut, kulit untuk crepe tu jadi sangat tebal, lepas tu tak boleh nak balut sebab dia senang koyak...whipping cream pulak xjadi kental macam dalam gambau.. cik paghah syak makcik yang bagi resepi ni mesti kencing lebih ni..

mak cik..tak jadi p0nnn macam makcik punya..makcik tipu eh..huwaaaa!!

Penat taw..kalau kite dah penat kite memang suka salahkan orang...huhu..ampun makcik, mungkin cik paghah masih lagi perlu tahu lebih banyak perkara asas sebelum terus terjun je sesuka hati buat kuih ni..sedih taw..lagi sedih time abah datang nak rasa..abah terus cakap..
"haa..ok la ni..nak dekat jadi la ni.."
kite tau abah tipu nak amik hati je..nak menitik je air mata masa tu..dah lah beli barang semua pakai duit abah..lepas tu tak jadi pulak..kecewa dan rasa bersalah sebab tak dapat tunaikan hasrat abah ibarat seperti perasaan lee chong wei tak dapat berikan malaysia pingat emas..gitew..

memang semalam adalah hari yang kurang bertuah buat saya...

abah cakap

"tak pe kak..lain kali buat lagi..belajar sampai pandai"

cik paghah cakap
"alaaa...kite beli jela bah yang dah siap punye..huwuwuwu"
sebab confirm buat lain kali tu mesti pakai duit cik paghah punya..


sekian...kesian...


Friday, August 3, 2012

TWO-KANG MASHAK!

salam..hye kengkawan!!
(^_^)v

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang Mulia!!

Curlass kan dah 2 minggu puasa baru nak ucap selamat..harharharrrunn...

Biasa lah..hidup wanita bekerjaya + part time housekeeper memang macam gini..busy sampai kan xsempat nak hapdate..hewhew..

Bulan ramadhan tahun ni harap-harap lebih bermakna bagi semua orang..Ada yang dah bertukar status..(ehem..ehem..) ada yang bakal bertukar status (ehem..ehem..ehem..)  dan ada yang entah bila entah nak tukar status nye pun adoiyai terrrrberr pun tak tahu la..tapi apa-apa pun moh la kita bersama-sama berlumba untuk mengumpul pahala di bulan bonus ini...winkwink!!

Merujuk kata orang jawa "sharing is caring", cik paghah pun dengan baik hati nya ingin mengkongsikan beberapa resipi yang boleh korang try kot-kot dah kehabisan idea nak masak apa untuk lauk berbuka ataupun untuk lauk sahur..resepi ni senang je beb..cik paghah yang tak reti masak ni pun tutup mata je wa cakap lu..

(mode: tukar suara jadi chef wan)
okeh..resepi kita yang pertama ialah


Sup Yong Tau Fu Awesome Yang Ohsem

Bahan-bahan:

Yong taufu campur ---> beli la mana-mana yong tau fu yang korang suka, cik paghah punya ada angry bird u'olls!
2 biji bawang besar
2-3 batang daun ketumbar ----> daun ketumbar ni beli yang bau dia busuk taw..chinese coriander xsilap nama dia
serbuk maggi cukup rasa
garam & lada sulah sedikit
bawang goreng

 ::bawang kena potong 6 macam ni taw::


 ::how come u sho cute??::


 ::ony0ny0ny000:: 

>>effect kecomelan adalah harus kerana tukang masak adalah chomel<<

puikk!!

 Cara-Cara:
i) Didihkan air setengah periuk. Sementara tunggu air mendidih, potong bawang besar (potong 6) dan hiris daun ketumbar. Yong taufu pun boleh lah dipotong kecik2  dan dibilas sedikit dengan air.

ii) Bila air tu dah nak mendidih, masukkan daun ketumbar dan bawang. Tunggu sampai dia menggelegak lagi sekali baru masukkan yong tau fu pulak.

iii) Lepas dah masukkan yong tau fu, tunggu lagi sampai menggelegak lagi sekali baru masukkan serbuk maggi cukup rasa, garam dan lada sulah..tak perlu banyak sangat pun janji secukup rasa..kemudian tutup api..dah siap!! Hidangkan dengan bawang goreng lagi sedap rasa macam menang award gitew..hee..(^^,)b


 "haaaaAAAAAAAA"

Resepi ke-2 adalah

Asam Rebus Bendi bersama Ikan Masin

Nama resepi xperlu azwan ali sangat janji rasa sedap! haha~
Sesiapa yang tak pernah cuba resepi ni memang dia adalah insan yang rugi didalam dunia yang fana ini kerana resepi ini ada lah resepi yang paling senang dan paling cepat dan sedap untuk dibuat..malah boleh membuatkan para ayah, para suami, para boifren malah para-para sakura sekalipun menghirup pinggan sehingga licin...kalau tak percaya cubalah!
::harap maaf ayat iklan shaaaannngaaattt!!!::

Bahan-bahan yang kita perlukan:

10-15 biji bendi
1 peket tulang ikan masin
3 biji bawang merah*
3 biji cili merah/cili hidup*
3 keping asam keping
sedikit belachan*
air
(*dikisar ye puan-puan)

 ::rupa paras tulang ikan masin::


 ::bahan-bahan kisar::


 ::asam keping::

Cara-Cara:

i) hidupkan api, isi air dalam periuk agak-agak setengah periuk.

ii) Masukkan bahan2 yang dikisar tadi kedalam periuk, ikan masin dan asam keping. kacau manja.

iii) Bendi direndam dalam air dulu..jangan potong apa-apa tanpa kebenaran..pastikan bendi yang anda adalah bendi yang muda sebab bendi yang tua rasanya xohsem..haha..macam mana nak tau? korang patahkan sikit kat hujung bendi tu..kalau senang je nak patah ala-ala ranggup gitew makna nya bendi korang tu muda la..kalau macam liat2 sikit tu maknanya bendi tua.  okeh..bila dah selesai belek-belek bendi, kuah tadi pun dah menggelegakkan, bolehlah potong kepala bendi tu dan hujungnya...masukkan kedalam kuah.

iv) Kalau ikan masin yang korang masukkan tu dah memang masin, tak perlulah tambah garam dalam kuah..tapi kalau kurang masin, bolehlah tambah garam sikit..sikit je taw...jangan banyak2..nanti bahaya..hiuff~ lepas dah masukkan bendi, tunggu kuah tu menggelegak sikit tapi jangan sampai menggelegak kritikal yer..boleh la tutup api..siap!!


Sampai hati u'olls xpercaya resepi memang kacang bak kata cik paghah tadi..cik paghah siap set time taw..10 minit je masak benda ni..penyediaan pun 10 minit je..agak2 terbangun lambat dan xtau nak masak lauk apa..buat je la lauk ni..sodap dan cepat!!


 HaaaAA...HaaaaAA

Selamat Mencuba!!!

(^___________^)b