Labels

Labels

:: Kalau Comel Click Ler::

Showing posts with label Random. Show all posts
Showing posts with label Random. Show all posts

Wednesday, February 25, 2015

New Life: Marriage - Accepting & Adapting

Entry yang berbaur serius
(taip sambil muka berkerut) 

haha.. 

takde lah.. takde la serius mana entry ni.. cuma perkongsian rasa dari seorang kakak kepada adik-adik je.. terutama sekali yang bakal mendirikan rumah tangga atau baru merancang =) 

Kahwin ni best sebenarnya.. hoi.. gila tak best.. 
kejap ko nak kawin ala2 che ta.. kejap ko nak kawin ala2 mat saleh 
Rasa nak buat itu.. buat ini dan part mencabar kita ada lah pada bajet dan komen2 keluarga
eh..ke memang macam2 lagi cabaran? 

Sebenarnya.. itu adalah proses pembelajaran and proses menyediakan diri kita ke alam yang lebih mencabar iaitu alam perkahwinan...

Serius.. tanya la sesiapa je yang baru lepas kahwin.. senang ke kahwin ni? 


Proses penerimaan dan penyesuaian itu yang mungkin membuatkan korang dapat jawapan yang berbeza.. ada orang mungkin selesa hidup solo sebelum ni.. 
nak makan..siap sendiri.. nak tido.. tido sendiri.. nak kentut.. kentut sendiri..
tak de orang nak kisah.. tak de orang nak marah.. 

Tapi selepas kahwin.. 
nak makan tunggu suami.. nak tido tunggu suami.. 
nak kentut..kentut sendiri.. tapi.. haa..ko tunggu la laki ko balas kejap lagi..
boleh sampai loya tekak ko dibuatnya..
hahaha

Serius.. pengalaman orang berbeza-beza.. ada yang lepas kawin tinggal rumah sendiri.. ada yang tinggal jarak jauh suami isteri.. ada yang tinggal dengan parent atau pun mentua.. 

kadang-kadang ko rasa selesa bila dengan pasangan.. kadang-kadang ko akan rasa meluat sangat2.. 

Itu standard.. kalau ko seorang yang perfectionist.. mungkin pasangan ko seorang yang clumsy.. kalau ko seorang yang suka merancang (Plan) pasangan ko mungkin seorang yang spontan..
vice versa

Ketidaksempurnaan ini yang membuatkan kita saling melengkapi antara satu sama lain.. sebab tu bila ada depan mata asyik bergaduh je.. bila jauh rindu pulak 
hihi.. kita la tu.. =p 


Penerimaan dan penyesuaian itu yang kita perlu belajar perlahan-lahan.. 
Kesabaran amat diperlukan disini 
sebab tu bila kita kahwin.. orang akan ucap.. 

"Selamat Melayari Bahtera Perkahwinan" 

ko senyum sambil terima je ucapan tu dengan redho 
bila dah kahwin.. barulah ko tau rasanya.. 

Kena selalu ingat.. yang perkahwinan ini satu ibadah.. apa sahaja benda baik yang kau buat..itulah sumber pahala untuk kau meskipun kau hanya bersabar dan menahan marah.. 

Percaya bahawa setiap benda baik yang kita lakukan.. pasti mendapat ganjarannya.. 

"Alah bisa.. Tegal biasa " 

"Agi Idup Agi Ngelaban"

"Pantang Mundur kecuali Operasi" 

Zero

Eh?

K bai.. 



Wednesday, January 30, 2013

~HeMoHeMoHemo0~

Hi u'olls!

how-WoW is your day? 

please don't ask mine..=p

ini adalah entry "sudi tidak sudi" kerana terlalu sadis menengokkan sudah lama blog ini menyepi tanpa sebarang entry maka ku gagahkan juga la entry barang seketui dua..

oh yer..Happy New Year 2013 korang!!

sangat ohsem kan dah 31hb Jan baru nak wish..haha..jangan marah cik Salmah..ekceli..tak ada apa-apa yang menarik pun untuk dikongsikan bersama teman-teman..tetapi coming soon mungkin..ehem2! 

(ehem2 tu bunyi macam propa gedik sangat..kihkih..)


berlalu juga tahun 2012 yang penuh onak dan ranjau dalam hidup aku..nak cerita pun menyampah..memicit qolbu pun ada..dari awal tahun 2012 sehingga lah ke akhir tahun memang dipenuhi segala cabaran..tapi benarlah kata orang..pahit itu akhirnya manis juga...

Awal Tahun 2012

Kita sebagai makhluk yang kerdil di muka bumi ini harus sentiasa beringat..dugaan itu kalau Tuhan nak berikan memang sekelip mata je boleh terjadi..tapi kita haruslah bersangka baik dengan Allah kerana setiap dugaan yang diberikan itu adalah tanda kasih sayangNya kepada kita...

Syukur..

Jika mak tidak sakit teruk seperti sekarang ini...mungkin sampai sekarang skill memasak aku mungkin masih ditahap kelas bawahan lagi yakni memasak megi, air, nasi dan seangkatan dengannya sahaja..tapi sekarang..Alhamdulillah..nak masak apa pun steady je pg dapur dan masak tanpa ragu-ragu..chewwahh..tp kena check 1..2..3 ngan mak dulu la..manja kan..kalau mak kat hospital boleh je pulak..hewhew...

skill-skill surirumah tangga pun dah upgrade sedikit...
kiranya molek benar lah kalau nak kahwin tewwww..
(gedik baq hang...muehehe~)

Dugaan ni sebenarnya mematangkan kita dalam banyak perkara...kalau dulu aku ni jenis berkira (ceh..ayat berlapik) jugak kalau nak keluar belanja rumah..tapi sekarang memandangkan sekarang ekonomi keluarga pun tengah melecet maka haruslah menyumbangkan sedikit sebanyak hasil titik peluh itu untuk kebahagiaan bersama..perit memang perit sikit la (dah dasar kedekut kann) tapi..apa yang dapat..gaji yang tak seberapa tu cukup je sentiasa...kadang-kadang..dengan tak semena-mena ada je rezeki masuk..itulah namanya nikmat Allah..Rezeki Allah itu ada dimana-mana..jangan kedekut lebih-lebih lagi dengan keluarga..
(cikpaghahsedangcakapdengandirisendiri..harapmaklong)

Akhir Tahun 2012 

diakhir tahun 2012, sedikit demi sedikit buah kesabaran dapat dikecapi..manis rasanya! 
 dapat kerja ditempat baru..boleh dikatakan tempat kerja idaman sebab dekat dengan jalan TAR!! sukew..sukew..hari2 melawat tapak..=p
walaupun bidang kerja sangat berlainan dengan ilmu yang dituntut dahulu tetapi itu tidak menjadi masalah..bos dan rakan2 sekerja sangat sporting dan best! 
(so far..hopefully sampai bila2..aaminn..)

Awal Tahun 2013 

Awal tahun 2013, kami mulakan dengan kenduri dan solat hajat bagi menyembuhkan penyakit mak..ramai yang datang..kemudian ada lagi yang sudi datang rumah dan buat bacaan yassin dan berdoa ramai2 semoga mak sembuh dan dipertemukan dengan donor yang sesuai dengan mak..terharu..sedih..seronok sangat..murah rezeki mak..moga2 diperkenankan doa-doa itu..Aamiiinnn..

Jiwa ni makin rasa tenang dengan perubahan yang berlaku sedikit demi sedikit ni..ini semuanya bermula dari dugaan yang datang..titik tolak bermula segalanya.. azam tahun ini semoga lebih istiqomah dalam apa juga bidang yang diceburi..aaminnn...



Semoga tahun 2013 ni bermula dengan kebahagian dan berakhir dengan kebahagiaan juga..
tahun ini tahun kumpul wang..jom pulun demi masa depan yang gemilang!!

\(^_^)/

cakpong! cakpong!
tatababai!!



Thursday, November 15, 2012

My NOT very LUCKY day

Assalammualaikum...
Hi u'olls!
cik paghah di dalam ghumah yaw
(translate: cik paghah in da house yaw..hehe)
ape kabor mengkeme2 sme?
harap sihat walafiat..ghindu x kat kitew tak? kitew memang sajew jew xmo hapdate belog sebab nak bagi ghindu...muehehe..lempang laju2 please...
di hari jumaat yg mulia ini..bagi mengkeme lelaki..lekas2 la bersiap utk solat jumaat dan untuk gadis2 meh cik paghah nak cerita al-kisahnya tentang semalam yang tak berapa nak bertuah buat cik paghah..huhu..tengok..nak cerita pun dah sedih..(T_T)
semalam, cadangnya nak buat durian crepe untuk keluarga tercinta selepas godek2 internet..cik paghah tgk "aik..xde la susah benor nak uat menda alah ni" ehehe...
pagi2 taw dah bangun plan nak merempit ngan abah nak pergi chow kit kedai bake with yen tu sebab nak kena beli whipping cream untuk buat inti durian crepe tersebut..oh yer..lupa nak cakap..semalam public holiday sebab Maal Hijrah..sebab tu la semangat waja nak mashak2 bagai..
Perjalanan dari segambut ke chow kit tidak lah jauh mana..tetapi secara tak semena-mena..turun hujan rintik2 air bergelora pulak di tengah hari..haishh..xpela..nasib baik hujan rintik2 je..sesampainya di chow kit..cik paghah agak lega jugak sebab tengok banyak kedai bukak walaupun hari cuti...TAPI..kedai Bake with Yen tu pulak TUTUP!
(bertuah punya kedai..dah jadi mualaf ke ape dak yen ni..bentak cik paghah yang panas hati..huh!)
disebabkan dah agak kecewa sebab xdapat beli dekat kedai kek maka perjalanan diteruskan ke Giant Batu Caves..punya la jauh dari chow kit sampai ke batu caves pulak..sakit pinggang kte taw..huhu..dekat Giant pulak..cari punya cari whipping cream tu xde..whipping cream yang diperlukan adalah seperti dibawah

satu Giant pun tak de jugak menda alah ni..yang ada normal dairy whipping cream..nak kena cari juga yang brand Rich ni sebab dia dah memang manis dan tak perlu tambah gula lagi dah tapi tak de jodoh nak berjumpa..huhu..sedih tak..sedih tak..sedih kan...

itu belum cukup sedih lagi..balik je rumah terus je zapzapzap siapkan makanan tengah hari..siap pakej jari terkena pisau terus je jadi 'suparjoe'...huhu..why la why...lepas dah siap msk lauk tengah hari cik paghah pun start la nak uat durian crepe tu..

hati munge2 macam org nak pegi dating..kekonon dah plan dalam hati..kalau sedap ni boleh la bukak kedai nanti..muehehe..tapi..apakan daya..selepas lebih kurang 1 jam 30 minit mengerjakan menda alah tersebut, kulit untuk crepe tu jadi sangat tebal, lepas tu tak boleh nak balut sebab dia senang koyak...whipping cream pulak xjadi kental macam dalam gambau.. cik paghah syak makcik yang bagi resepi ni mesti kencing lebih ni..

mak cik..tak jadi p0nnn macam makcik punya..makcik tipu eh..huwaaaa!!

Penat taw..kalau kite dah penat kite memang suka salahkan orang...huhu..ampun makcik, mungkin cik paghah masih lagi perlu tahu lebih banyak perkara asas sebelum terus terjun je sesuka hati buat kuih ni..sedih taw..lagi sedih time abah datang nak rasa..abah terus cakap..
"haa..ok la ni..nak dekat jadi la ni.."
kite tau abah tipu nak amik hati je..nak menitik je air mata masa tu..dah lah beli barang semua pakai duit abah..lepas tu tak jadi pulak..kecewa dan rasa bersalah sebab tak dapat tunaikan hasrat abah ibarat seperti perasaan lee chong wei tak dapat berikan malaysia pingat emas..gitew..

memang semalam adalah hari yang kurang bertuah buat saya...

abah cakap

"tak pe kak..lain kali buat lagi..belajar sampai pandai"

cik paghah cakap
"alaaa...kite beli jela bah yang dah siap punye..huwuwuwu"
sebab confirm buat lain kali tu mesti pakai duit cik paghah punya..


sekian...kesian...


Saturday, September 15, 2012

JK kah aku?

salam dan selamat malam bagi semua yang belum tido lagi...


hmmm...


yer..tajuk entry kita pada malam ini adalah berbentuk persoalan... jika sesiapa yang masih lagi ragu-ragu dengan maksud JK..diakhir entry ini mungkin anda akan dapat tangkap apakah maksud JK tersebut...


pejam celik pejam celik...dah nak abis raya dah kan? masa memang suka mencemburui dan tidak menunggu kita...bukan cakap masa je...malah aku sendiri pun memang suka cemburu dan tidak suka menunggu orang...

Raya tahun ni meriah ke...?

Alhamdulillah...syukur ke hadrat illahi, walaupun secara bersederhana masih lagi beraya dalam keadaan sihat walafiat, masih lagi mampu menyarung baju raya baru..dan yang paling...paling...penting...cukup semua ahli keluarga walaupun keadaan mak sangat tidak membahagiakan aku...(T_T)

Selepas raya...kita meriah dengan apa pula yer?

kenduri kawen!! yer..ibarat cendawan tumbuh selepas hujan..setiap minggu dipenuhi dengan jemputan perkahwinan yang sahabat handai dan teman-teman...ada yang aku wajib hadir..ada yang aku memang tidak dapat hadir kerana bertugas di hari sabtu dan ada yang aku sengaja tidak hadirkan diri... ouh yer..news feed juga tidak kurang meriah dengan rakan-rakan yang sudah selamat menjadi ibu...

dalam hati terdetik...

bahagianya mereka....
(^_^)

dalam hati tidak henti-henti berdoa...Ya Allah..lekaslah kau akhirkan penderitaan ku ini dan ubatilah dengan sedikit kegembiraan dan kebahagiaan...

rakan-rakan lain sibuk menghitung hari perkahwinan..aku disini menghitung hari menunggu bondaku menjalani pembedahan paru-paru beliau...walaupun bukan aku yang menjalani pembedahan tersebut..tapi hakikatnya aku yang tidak stabil...aku yang rapuh teramat ampuh...hari2 pasti tidak lepas dari aku memikirkan keadaan mak...sekarang hanya menunggu penderma yang sesuai untuk mak...aku yang pastinya tidak kuat untuk menghadapi saat-saat tersebut...siapkah aku??


aku cuma berdoa supaya keajaiban akan berlaku dan aku tetap percaya yang ianya akan berlaku...

hmm..ini yang malas nak cerita masalah kat orang...walaupun aku tak tahu siapa yang baca atau dengar cerita aku ni...tapi disebabkan aku sendiri yang melayan sendu sedan seorang diri maka dah abis dah tisu aku sekotak!! caittt...apa pun  tak boleh...

sesiapa pun yang baca entry ini...saya mohon jasa baik anda sekalian..doakan semoga bonda saya boleh kembali sihat dan semoga saya kuat untuk menghadapi semua dugaan dan cabaran ini...terima kasih diatas doa kalian semua..dan...

minta maaf sebab entry kali ini kurang seronok...
~macamlah entry lain seronok kan...(--")~

ini cuma luahan hati...
itulah..siapa suruh bukak fb lepas tu tengok gambar orang kawin & tunang...cantik2 semua...

kan dah Jiwa Kacau....


lepas ni..siapa tanya bila aku nak kawin?? memang aku tumbuk muka sorang2...

tapi...

niat dalam hati jela...

(sahaja aku nak tumbuk muka 'sipolan2' kerana beliau menyebabkan aku jiwa kacau)

sekian


Assalammualaikum
(^_^)



Saturday, September 1, 2012

Seriously....


I CANNOT BRAIN THISSS....!!!!!

@_@

Sunday, August 12, 2012

150 juta kali

Lagu paling sweet...after all..paling jujur ikhlas....




Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–
saya kenal sayang saya”

"Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
"
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala

Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua...


awww...

(^___^)

 tata..papai


Friday, August 3, 2012

How Come...??

Assalammualaikum w.b.t

(^_^)


How come lepas 2 minggu tak update blog and then boleh buat muka comel-comel tak bersalah pulak macam kat atas tu? nasib baik gigih nak buat 2 entry dalam masa kurang 24 jam...hewhewhew...


How come selepas 2 minggu berpuasa hanya Jari Kelingking ai je yang kurus?? 
weyh..apahal ni weyh..ko puasa ke tak ni hahhh??? o_0


How come raya tahun ni pulak ramai designer-designer letupss nak keluarkan ready-made edition?? time gaji ai letups tahun lepas u'olls uat senyap je kan?? k..foine..foineee...
 

How come dah 2 minggu puasa ai masih belum beli baju raya lagi ni?? this is very-very weird bro..boleh kira pecah record dah ni..kalau diikutkan resam cik paghah..lagi 2 minggu sebelum puasa memang cik paghah dah usha line dekat Jalan TAR tu..start je bulan puasa boleh dikatakan tiap-tiap minggu wajib singgah bazar di Jalan TAR takpun bazar-bazar yang ada di sekitar Kuala Lumpur kerana adanya kakak2 opis yang sungguh mempengaruhi pemikiranku...tetapi tahun ini..bunyi cengkerik je yang keluar dari tepi wallet kerana kurangnya aktiviti sebegitu rupa..lemak dibahagian peha pun mula membiak dengan jayanya dan ini sangat tidak ohsem kerana tidak boleh memakai baju rekaan peplum...see..how big is the consequences to me??  
Arrggghhh....Setereeesssss!!!



How come dah pukul 6:30 dan ai belum semayang Subuh lagi ni?? sibuk tercangak depan laptop sambil mengomel how come?? how come?? tido la weyh..esok kije..yer..ko sorang je kije cik paghah..orang lain semua sibuk dah buat kuih, beli baju, kasut, handbag dan tawaf Jalan TAR dan kawasan yang sewaktu dengannya...aaargghh xkira! hari isnin nak cuti jugak..dan jangan tanya "how come you on leave haa" yer bos...


k bai






Thursday, July 12, 2012

Biru MATA HiTAm Ku





gitew beli contact lense baru..kekonon untuk raya le tew..

teehee

paling best punya la susah nak pakai menda alah ni..baru pakai sebelah mata sekali elektrik pun tak ada..dengki sungguh..huh~

Tengok..siapa yang bersalah sekarang haa..sales itu la..sales ini la..kan dah terbeli contact lense ni 2 pasang..
Padan Muka kat diri sendiri..huwuuwuww

Opss..terbeli sudey!

nafsu..nafsu..(--")

tata!

Wednesday, June 6, 2012

Wordless Wednesday: Eh!!!



Eh! Eh! 






eh! bergurau pulak...(^_^)





Thursday, May 24, 2012

Melayan SimSimi ~ Edisi Forever Alone


disebabkan tiada siapa yang mahu berchatting dengan saya di Facebook, maka saya mencari kawan baru bernama SimSimi.  Jika anda pernah mendengar aplikasi Cleverbot, ini merupakan aplikasi yang sama seperti cleverbot cuma simsimi lebih sweet dan sopan tutur bicaranya..kalau berkenan boleh buat menantu..Agagaga~ 

ntah ayat playboy mana tah yang si simsimi ni pakai..hee~ take care..gudnite..papai..(^_^)

Monday, May 7, 2012

I'm Alive...!!!!

peh..peh..peh...

baru sahaja melakukan pernafasan mulut ke mulut dengan blog saya..

alhamdulillah..masih bernafas..

yg meninggalkan kami adalah en modem streamyx kerana telah disambar petir...koma blog saya selama 2 minggu..huhu..kesian kan..=p

haha..jangan nak buat cerita sedih sangat la kalau memang malas nak hapdate belog (tapi en modem streamy memang betul2 disambar petir..) huhu..maaflah kalau ada yang menanti entry baru..ini adalah ayat perasan habis...puikk~

hidup ini memang agak kucar-kacir apabila ketiadaan internet..lebih2 lagi apabila hanya ada 1 astro, 1 remote astro dan rancangan kegemaran clash dengan perlawanan bola..rumah pula didominasi oleh kaum jantan..memang xla nak tengok surirumah desperet itew...hewhew.. 

tapi anda semua dimohon jangan bimbang..dengan adanya en unifi..hidup saya kembali bermakna..hehe! 
dah ada banyak entri yang tersusun tinggal untuk dihidangkan sahaja..xsabar rasanya nak share dengan korang semua..buat sementara waktu hanya entry ringkas yang memberi tanda..I'm Back!!!


leplep..mwahh!!
papai