salam dan selamat malam bagi semua yang belum tido lagi...
hmmm...
yer..tajuk entry kita pada malam ini adalah berbentuk persoalan... jika sesiapa yang masih lagi ragu-ragu dengan maksud JK..diakhir entry ini mungkin anda akan dapat tangkap apakah maksud JK tersebut...
pejam celik pejam celik...dah nak abis raya dah kan? masa memang suka mencemburui dan tidak menunggu kita...bukan cakap masa je...malah aku sendiri pun memang suka cemburu dan tidak suka menunggu orang...
Raya tahun ni meriah ke...?
Alhamdulillah...syukur ke hadrat illahi, walaupun secara bersederhana masih lagi beraya dalam keadaan sihat walafiat, masih lagi mampu menyarung baju raya baru..dan yang paling...paling...penting...cukup semua ahli keluarga walaupun keadaan mak sangat tidak membahagiakan aku...(T_T)
Selepas raya...kita meriah dengan apa pula yer?
kenduri kawen!! yer..ibarat cendawan tumbuh selepas hujan..setiap minggu dipenuhi dengan jemputan perkahwinan yang sahabat handai dan teman-teman...ada yang aku wajib hadir..ada yang aku memang tidak dapat hadir kerana bertugas di hari sabtu dan ada yang aku sengaja tidak hadirkan diri... ouh yer..news feed juga tidak kurang meriah dengan rakan-rakan yang sudah selamat menjadi ibu...
dalam hati terdetik...
bahagianya mereka....
(^_^)
dalam hati tidak henti-henti berdoa...Ya Allah..lekaslah kau akhirkan penderitaan ku ini dan ubatilah dengan sedikit kegembiraan dan kebahagiaan...
rakan-rakan lain sibuk menghitung hari perkahwinan..aku disini menghitung hari menunggu bondaku menjalani pembedahan paru-paru beliau...walaupun bukan aku yang menjalani pembedahan tersebut..tapi hakikatnya aku yang tidak stabil...aku yang rapuh teramat ampuh...hari2 pasti tidak lepas dari aku memikirkan keadaan mak...sekarang hanya menunggu penderma yang sesuai untuk mak...aku yang pastinya tidak kuat untuk menghadapi saat-saat tersebut...siapkah aku??
aku cuma berdoa supaya keajaiban akan berlaku dan aku tetap percaya yang ianya akan berlaku...
hmm..ini yang malas nak cerita masalah kat orang...walaupun aku tak tahu siapa yang baca atau dengar cerita aku ni...tapi disebabkan aku sendiri yang melayan sendu sedan seorang diri maka dah abis dah tisu aku sekotak!! caittt...apa pun tak boleh...
sesiapa pun yang baca entry ini...saya mohon jasa baik anda sekalian..doakan semoga bonda saya boleh kembali sihat dan semoga saya kuat untuk menghadapi semua dugaan dan cabaran ini...terima kasih diatas doa kalian semua..dan...
minta maaf sebab entry kali ini kurang seronok...
~macamlah entry lain seronok kan...(--")~
ini cuma luahan hati...
itulah..siapa suruh bukak fb lepas tu tengok gambar orang kawin & tunang...cantik2 semua...
kan dah Jiwa Kacau....
lepas ni..siapa tanya bila aku nak kawin?? memang aku tumbuk muka sorang2...
tapi...
niat dalam hati jela...
(sahaja aku nak tumbuk muka 'sipolan2' kerana beliau menyebabkan aku jiwa kacau)
sekian
Assalammualaikum
(^_^)