Entry yang berbaur serius
(taip sambil muka berkerut)
haha..
takde lah.. takde la serius mana entry ni.. cuma perkongsian rasa dari seorang kakak kepada adik-adik je.. terutama sekali yang bakal mendirikan rumah tangga atau baru merancang =)
Kahwin ni best sebenarnya.. hoi.. gila tak best..
kejap ko nak kawin ala2 che ta.. kejap ko nak kawin ala2 mat saleh
Rasa nak buat itu.. buat ini dan part mencabar kita ada lah pada bajet dan komen2 keluarga
eh..ke memang macam2 lagi cabaran?
Sebenarnya.. itu adalah proses pembelajaran and proses menyediakan diri kita ke alam yang lebih mencabar iaitu alam perkahwinan...
Serius.. tanya la sesiapa je yang baru lepas kahwin.. senang ke kahwin ni?
Proses penerimaan dan penyesuaian itu yang mungkin membuatkan korang dapat jawapan yang berbeza.. ada orang mungkin selesa hidup solo sebelum ni..
nak makan..siap sendiri.. nak tido.. tido sendiri.. nak kentut.. kentut sendiri..
tak de orang nak kisah.. tak de orang nak marah..
Tapi selepas kahwin..
nak makan tunggu suami.. nak tido tunggu suami..
nak kentut..kentut sendiri.. tapi.. haa..ko tunggu la laki ko balas kejap lagi..
boleh sampai loya tekak ko dibuatnya..
hahaha
Serius.. pengalaman orang berbeza-beza.. ada yang lepas kawin tinggal rumah sendiri.. ada yang tinggal jarak jauh suami isteri.. ada yang tinggal dengan parent atau pun mentua..
kadang-kadang ko rasa selesa bila dengan pasangan.. kadang-kadang ko akan rasa meluat sangat2..
Itu standard.. kalau ko seorang yang perfectionist.. mungkin pasangan ko seorang yang clumsy.. kalau ko seorang yang suka merancang (Plan) pasangan ko mungkin seorang yang spontan..
vice versa
Ketidaksempurnaan ini yang membuatkan kita saling melengkapi antara satu sama lain.. sebab tu bila ada depan mata asyik bergaduh je.. bila jauh rindu pulak
hihi.. kita la tu.. =p
Penerimaan dan penyesuaian itu yang kita perlu belajar perlahan-lahan..
Kesabaran amat diperlukan disini
sebab tu bila kita kahwin.. orang akan ucap..
"Selamat Melayari Bahtera Perkahwinan"
ko senyum sambil terima je ucapan tu dengan redho
bila dah kahwin.. barulah ko tau rasanya..
Kena selalu ingat.. yang perkahwinan ini satu ibadah.. apa sahaja benda baik yang kau buat..itulah sumber pahala untuk kau meskipun kau hanya bersabar dan menahan marah..
Percaya bahawa setiap benda baik yang kita lakukan.. pasti mendapat ganjarannya..
"Alah bisa.. Tegal biasa "
"Agi Idup Agi Ngelaban"
"Pantang Mundur kecuali Operasi"
Zero
Eh?
K bai..
No comments:
Post a Comment