Labels

Labels

:: Kalau Comel Click Ler::

Sunday, August 12, 2012

150 juta kali

Lagu paling sweet...after all..paling jujur ikhlas....




Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–
saya kenal sayang saya

"Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
"
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala

Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua...


awww...

(^___^)

 tata..papai


Friday, August 3, 2012

How Come...??

Assalammualaikum w.b.t

(^_^)


How come lepas 2 minggu tak update blog and then boleh buat muka comel-comel tak bersalah pulak macam kat atas tu? nasib baik gigih nak buat 2 entry dalam masa kurang 24 jam...hewhewhew...


How come selepas 2 minggu berpuasa hanya Jari Kelingking ai je yang kurus?? 
weyh..apahal ni weyh..ko puasa ke tak ni hahhh??? o_0


How come raya tahun ni pulak ramai designer-designer letupss nak keluarkan ready-made edition?? time gaji ai letups tahun lepas u'olls uat senyap je kan?? k..foine..foineee...
 

How come dah 2 minggu puasa ai masih belum beli baju raya lagi ni?? this is very-very weird bro..boleh kira pecah record dah ni..kalau diikutkan resam cik paghah..lagi 2 minggu sebelum puasa memang cik paghah dah usha line dekat Jalan TAR tu..start je bulan puasa boleh dikatakan tiap-tiap minggu wajib singgah bazar di Jalan TAR takpun bazar-bazar yang ada di sekitar Kuala Lumpur kerana adanya kakak2 opis yang sungguh mempengaruhi pemikiranku...tetapi tahun ini..bunyi cengkerik je yang keluar dari tepi wallet kerana kurangnya aktiviti sebegitu rupa..lemak dibahagian peha pun mula membiak dengan jayanya dan ini sangat tidak ohsem kerana tidak boleh memakai baju rekaan peplum...see..how big is the consequences to me??  
Arrggghhh....Setereeesssss!!!



How come dah pukul 6:30 dan ai belum semayang Subuh lagi ni?? sibuk tercangak depan laptop sambil mengomel how come?? how come?? tido la weyh..esok kije..yer..ko sorang je kije cik paghah..orang lain semua sibuk dah buat kuih, beli baju, kasut, handbag dan tawaf Jalan TAR dan kawasan yang sewaktu dengannya...aaargghh xkira! hari isnin nak cuti jugak..dan jangan tanya "how come you on leave haa" yer bos...


k bai






TWO-KANG MASHAK!

salam..hye kengkawan!!
(^_^)v

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang Mulia!!

Curlass kan dah 2 minggu puasa baru nak ucap selamat..harharharrrunn...

Biasa lah..hidup wanita bekerjaya + part time housekeeper memang macam gini..busy sampai kan xsempat nak hapdate..hewhew..

Bulan ramadhan tahun ni harap-harap lebih bermakna bagi semua orang..Ada yang dah bertukar status..(ehem..ehem..) ada yang bakal bertukar status (ehem..ehem..ehem..)  dan ada yang entah bila entah nak tukar status nye pun adoiyai terrrrberr pun tak tahu la..tapi apa-apa pun moh la kita bersama-sama berlumba untuk mengumpul pahala di bulan bonus ini...winkwink!!

Merujuk kata orang jawa "sharing is caring", cik paghah pun dengan baik hati nya ingin mengkongsikan beberapa resipi yang boleh korang try kot-kot dah kehabisan idea nak masak apa untuk lauk berbuka ataupun untuk lauk sahur..resepi ni senang je beb..cik paghah yang tak reti masak ni pun tutup mata je wa cakap lu..

(mode: tukar suara jadi chef wan)
okeh..resepi kita yang pertama ialah


Sup Yong Tau Fu Awesome Yang Ohsem

Bahan-bahan:

Yong taufu campur ---> beli la mana-mana yong tau fu yang korang suka, cik paghah punya ada angry bird u'olls!
2 biji bawang besar
2-3 batang daun ketumbar ----> daun ketumbar ni beli yang bau dia busuk taw..chinese coriander xsilap nama dia
serbuk maggi cukup rasa
garam & lada sulah sedikit
bawang goreng

 ::bawang kena potong 6 macam ni taw::


 ::how come u sho cute??::


 ::ony0ny0ny000:: 

>>effect kecomelan adalah harus kerana tukang masak adalah chomel<<

puikk!!

 Cara-Cara:
i) Didihkan air setengah periuk. Sementara tunggu air mendidih, potong bawang besar (potong 6) dan hiris daun ketumbar. Yong taufu pun boleh lah dipotong kecik2  dan dibilas sedikit dengan air.

ii) Bila air tu dah nak mendidih, masukkan daun ketumbar dan bawang. Tunggu sampai dia menggelegak lagi sekali baru masukkan yong tau fu pulak.

iii) Lepas dah masukkan yong tau fu, tunggu lagi sampai menggelegak lagi sekali baru masukkan serbuk maggi cukup rasa, garam dan lada sulah..tak perlu banyak sangat pun janji secukup rasa..kemudian tutup api..dah siap!! Hidangkan dengan bawang goreng lagi sedap rasa macam menang award gitew..hee..(^^,)b


 "haaaaAAAAAAAA"

Resepi ke-2 adalah

Asam Rebus Bendi bersama Ikan Masin

Nama resepi xperlu azwan ali sangat janji rasa sedap! haha~
Sesiapa yang tak pernah cuba resepi ni memang dia adalah insan yang rugi didalam dunia yang fana ini kerana resepi ini ada lah resepi yang paling senang dan paling cepat dan sedap untuk dibuat..malah boleh membuatkan para ayah, para suami, para boifren malah para-para sakura sekalipun menghirup pinggan sehingga licin...kalau tak percaya cubalah!
::harap maaf ayat iklan shaaaannngaaattt!!!::

Bahan-bahan yang kita perlukan:

10-15 biji bendi
1 peket tulang ikan masin
3 biji bawang merah*
3 biji cili merah/cili hidup*
3 keping asam keping
sedikit belachan*
air
(*dikisar ye puan-puan)

 ::rupa paras tulang ikan masin::


 ::bahan-bahan kisar::


 ::asam keping::

Cara-Cara:

i) hidupkan api, isi air dalam periuk agak-agak setengah periuk.

ii) Masukkan bahan2 yang dikisar tadi kedalam periuk, ikan masin dan asam keping. kacau manja.

iii) Bendi direndam dalam air dulu..jangan potong apa-apa tanpa kebenaran..pastikan bendi yang anda adalah bendi yang muda sebab bendi yang tua rasanya xohsem..haha..macam mana nak tau? korang patahkan sikit kat hujung bendi tu..kalau senang je nak patah ala-ala ranggup gitew makna nya bendi korang tu muda la..kalau macam liat2 sikit tu maknanya bendi tua.  okeh..bila dah selesai belek-belek bendi, kuah tadi pun dah menggelegakkan, bolehlah potong kepala bendi tu dan hujungnya...masukkan kedalam kuah.

iv) Kalau ikan masin yang korang masukkan tu dah memang masin, tak perlulah tambah garam dalam kuah..tapi kalau kurang masin, bolehlah tambah garam sikit..sikit je taw...jangan banyak2..nanti bahaya..hiuff~ lepas dah masukkan bendi, tunggu kuah tu menggelegak sikit tapi jangan sampai menggelegak kritikal yer..boleh la tutup api..siap!!


Sampai hati u'olls xpercaya resepi memang kacang bak kata cik paghah tadi..cik paghah siap set time taw..10 minit je masak benda ni..penyediaan pun 10 minit je..agak2 terbangun lambat dan xtau nak masak lauk apa..buat je la lauk ni..sodap dan cepat!!


 HaaaAA...HaaaaAA

Selamat Mencuba!!!

(^___________^)b





Thursday, July 12, 2012

Biru MATA HiTAm Ku





gitew beli contact lense baru..kekonon untuk raya le tew..

teehee

paling best punya la susah nak pakai menda alah ni..baru pakai sebelah mata sekali elektrik pun tak ada..dengki sungguh..huh~

Tengok..siapa yang bersalah sekarang haa..sales itu la..sales ini la..kan dah terbeli contact lense ni 2 pasang..
Padan Muka kat diri sendiri..huwuuwuww

Opss..terbeli sudey!

nafsu..nafsu..(--")

tata!

Awesome yang Cute!

salam & pish yaw

(^_^)v

Hari ni nak berbelog tentang aktiviti kegemaran..aktiviti kegemaran cik paghah adalah mengumpul barang-barang cute! mengumpul habuk pun kegemaran jugak..cik paghah sebenarnya memang alergik dengan barang-barang comel..memang pantang..
pantang jumpa!

kalau jumpa barang-barang comel memang tak akan berfikir 2x memang gwa rembat laju-laju je..tapi kalau barang comel tu harga dia melampaui batas boleh fikir lapan belas kali jugak sebelum beli..hoho..okeh..

Awesome yang Cute yang pertama adalah.....

HOT AIR POP CORN MAKER


benda ini sangat comel dan sangat hebat! 
boleh menghasilkan popcorn seshedap Garret Popcorn! okeh..itu tipu..ngeh~ 
benda ini sebenarnya mampu menghasilkan pop corn hanya menggunakan udara panas..how awesome is that huh~

nak tengok ke'ohsem'an yang lebih lanjut..sila rujuk video dibawah

hari tu ada offer dekat livingsocial yang benda ni hanya 75 hengget! tapi disebabkan usaha membodek tidak berhasil maka cik paghah pun tak dapat la beli benda comel ini untuk dijadikan koleksi..huhu..T_____T


Awesome yang Cute 
ke-2 adalah...

COTTON CANDY MAKER


 awwwww...comel sangat ni kenapa??

benda ni pun ada offer sekarang..tapi tak ingat offer kat discount company yang mana satu..harga lebih kurang 100 hengget lebih..hem0hem0~
okeh sekarang jangan nak berlagak macho sangat..sila tengok link video dibawah ini:


abang gagah pun mampu buat cotton candy ni u'olls apetah lagi we'olls yang comel ni..hee..

ada jugak yang cakap

"eleh..uatpe la nak beli benda ni..tak matured langsung"

"terlalu keanak-anakkan la awak ini..bila nak membesar"

(--')

Eleh..sebenarnya kalau ada orang bagi free mesti ko pun nak kan??
best kot ada benda ni dekat rumah..nanti boleh berlagak dengan jiran-jiran..lagi satu Ohsem Idea..kalau tak cukup duit nak beli baju rizalman or jovian mandagie, boleh jugak angkut benda ni pergi pasar malam uat side income...
(nak jugak baju ghaye rizalman tu...=p)


haisshh..bestnye kalau ada benda ni buat koleksi kat rumah..buat satu bilik khas untuk semua fun food ni..bilik yang ada vending machine, chocolate fundue, cotton candy machine, popcorn maker..lepastu siapa-siapa nak masuk bilik tu kena bayar sp0h hengget sorang..kan dah uat duit lagi..kihkih..=p

 verangan..verangan..~

tata!
(^_^)


Tuesday, July 10, 2012

Pizza Hut Red Carpet Party!

Salam Semua
(^_^)

Pada suatu hari..sedang cik paghah men'scroll'2 page facebook maka ternampaklah satu advertisement kat fanpage pizza hut "Pizza Hut Red Carpet Party..Exclusive for Pizza Hut Fan" then entah macamana tiba-tiba tangan ni ter'klik' link tu lalu terdaftar la pulak..kena daftar dengan nama partner skali pulak tu..terdaftar la nama abang ensem skali..ngehehe~

yang lagi best..terpilih pulak ngko..nebes mak kejap sebab dapat invitation pergi Party u'olls..mau xnebes..pes time tuu! abg ensem xtau pun kita join benda ni..sekali bila dah bagitau dia yang eksaited lebih..tanya tema apa la..nak kena pakai baju apa la..haisssh~

Representative Pizza Hut tu pun call la kekonon nak bagi tau dah terpilih pergi party tu..

Pizza: hye there! is it ms Farah?

Cik Paghah: yes, speaking

Pizza: hye..we like to informed you that you have been selected for the Pizza Hut Red Carpet Party! are you excited?! (eh..ak yg excited ke ko yg excited ni?)

Cik Paghah: wuuuhhuuuu! of course, nyway I've seen my name in the fanpage

Pizza: congratulations! well I would like to get confirmation from you..so is it confirm that you'll join us?
Cik Paghah: well..I need to ask my partner first..can I call u back tomorrow? u are..?

Pizza: I'm Mr.Bastin

Cik Paghah: come again? bastin? (org apo ko ni)

Pizza: No..No..No..Its Justin..like Justin Timberlake...

Cik Paghah: ouh..I thought its like Justin Bieber..kehkeh..

Pizza: Noo...!!

Cik Paghah: ok2 chill..I will call you back tomorrow mr. justin..thanx a lot! 

bwahaha! sebenarnya nak emphasize part last tu je..kelakar naw mr.justin ni..boleh2 nak elakkan justin bieber..kihkih..so, I went to the party!  walaupun kena marah dengan abah sebab balik malam tapi ku gigihkan jua..orang nak bagi makan pree..takkan nak tolak..huhuu..~

Had fun jugak..gini ghupenye pergi party..hehe..best2..the emcee..Mr. Terry from Red FM memang super funny orangnya..sempat kutuk2 kita tak pandai main game car race kat ipad dan kutuk2 orang sekelilingnya..hewhew..yang paling best adalah part makan! memang rambang mata kalau tengok pizza besau2 depan mata...kita tunggu jugak Pizza yang baru tu..cheezy bites steak pizza tapi dia tak keluarkan pulak..chicken chop pun tak ada..tapi makan je la pizza yang orang dah bagi ko nak banyak songeh pulak kan..ada lagi yang best..abang ensem sempat menang contest! murah rezeki mamat sorang ni..kihkih..

Sekeping dua tiga keping gambar untuk tatapan korang..(^^,)v

red carpet entrance! 

fruit ninja kat screen besarrrr punya..game ni serius best sebab boleh jadi orang gila kejap..
kalau bengang ngan partner boleh karate tanpa perlu rasa bersalah
"eh..I ingat nak slice buah tu tadi..tapi ter'slice' muka you pulak..cowie.."

kihkihkih

mr.terry the emcee for tonight..suka buli orang ni..huh~

magician for the night
pandai uat magic ouh dia ni
kagum..o.0

makan time! hooyeah!

ada je kan mamat tu kalau makan preee...hewhew..

till then!

taking care peeps! good nite!

pish yaww
(^_^)v


Awak sangat Kejam!

Salam
Hye Semua!
 (^_^)

eh..terbuat muka comel pulak..

entry ini sebenarnya berbaur kemarahan..kemarahan yang amat sangat!

Cik Paghah memang marah dan tengah geram sangat-sangat ni sampai ter'blog' ketika waktu keja..eh? hewhewhew..

persoalannya sekarang adalah kenapa? kenapa? kenapa semua ini harus terjadi ketika kegawatan ekonomi sedang melanda diriku?

hmm..cakap pun tak guna..tembak pun xkena..

scroll untuk lihat punca kemarahan

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.




"20 by Rizalman"
dah available di cawangan Tesco yang terpilih 7hb Julai lepas
lepas dah blogwalking..ramai uat review yang baju dah tinggal sikit je lagi..

foine...foine...

tapi...

hijau belang-belang hitam tu memang cantik wak...(T_T)

tak cukup dengan tu...ditambah nya lagi api di dada yang membara ini 

"Aviraya by Jovian Mandagie"



orenggggg...nak....


urghhh!!!

geram2..kenapa awak cantik sangat eh..tumbuk nak?

nanges2..rasa nak print je gambar ni lepas tu nak tanam dalam tanah..hukhuk..

untuk sesiapa yang tidak tahu lagi..price range untuk Rizalman Collection adalah sekitar RM150 - RM250 dan bagi Jovian Mandagie Collection pulak adalah sekitar RM150 -RM300..eh betul ke? arghhhh..bila hati dah sakit memang malas nak tengok betul2..

Lupa nak cakap lagi satu..Jovian Mandagie Collection ini boleh didapati bermula 15hb Julai ini di butik Zalora dan butik First Lady yang berdekatan..sila lah serbu
(cakap nak tak nak je)

It is good actually for Malaysian designer buat something special untuk Fans diorang...collections yang mampu dimiliki (tetapi tidak untuk cik paghah) macam ni.. suka sangat! kenapa lah tak buat tahun lepas...T_T
mungkin tak ada rezeki cik paghah tahun ni..lagi pun raya tahun ni bersederhana sahaja...


Telan air liur 18 kali

Awak sangat Kejam!


sekian<>kesian

papai!