DANGER!
selalunya korang akan dengar perihal pantang-larang ni dari orang-orang tua kan..bermacam-macam jenis pantang larang yang mungkin korang pernah dengar macam contoh...
"anak dara xelok kentut kuat-kuat..nanti rombongan meminang patah balik"
(hehehehee..)
tapi mesti korang sendiri pernah dengar ayat 'pantang' dari mulut member-member korang jugak..dan ayat dia mungkin berbunyi seperti ini...
"gwa pantang betullah dengar orang rem2 motor ni..terbakar jiwa gwa beb"
haa..lebih kurang la kan..tapi kali ini cik paghah tak mau cerita pasal pantang-pantang tu semua..kalau korang nak tau tentang pantang-larang dalam dunia melayu..sila lah google sendiri..kali ini nak cerita tentang...
.
.
.
.
.
"Cik Paghah dan Pantangnye"
#1 - Aku pantang betul kalau orang gem0k cakap aku gemuk!
xkisah la ayat dia macam mana..berisi ke, boolat ke, tembam ke, domok ke..yang pasti aku paling xboleh terima kalau ayat tu keluar dari mulut orang yang saiz badan, pipi, perut, peha beliau lebih kurang sama besar atau lebih besar dari aku..rasa macam nak cakap balik je..
"eh..eh..cakap tentang diri sendiri ke tew? "
(panas je)
atau pun bagikan dia hadiah cermin supaya dia boleh cermin diri dia sendiri kot2 dia xperasaan siapa yang gemuk sebenarnya selama ini..kalau korang nak cuba try tengok muka aku macamane kalau orang langgar pantang aku ni try la test sekali..memang on the spot muka aku akan berubah..jangan tanya kenapa lepas tu korang terus nak balik rumah laju-laju...
p/s: gwa memang serius betul dengan pantang gwa yang no 1 ni ok..harap maklum!
#2 - Aku pantang kalau orang usik barang aku!
Don't mess with my thing - and that is my warning..
dari kecik aku memang suka kumpul barang-barang comel, hias bilik aku comel2 wangi2 bagai..aku ni jenis yang suka mengumpul..suka mengumpul habuk pun ye gak..hehe..sampai sekarang barang yang dari sekolah rendah pun masih ada lagi..sayang rasa nak buang sebab banyak sangat sentimental value..oleh yang demikian itu..bilik aku akan selalu digodam oleh adik2 aku yang dengki tengok barang2 aku elok je then barang2 diorang selalu cepat rosak sebab diorang xjaga macam aku..aku ingat lagi..siap buat notis lepas tu tampal kat pintu bilik..notis tu berbunyi macam ni..
"Jangan Masuk Bilik Akak! Siapa Masuk Dosa Besar..Siapa Nak Masuk Jugak Bayar 50 sen!!"
aku pun konpius jugak sebenarnya..boleh masuk ke x ni kan..hehe..masa kecik2..ayat memang selalu keliru dengan niat di hati..tapi yela kan..masa kecik2 dulu duit 50 sen tu dah kira besar sangat la..lagi pun aku tau adik-adik aku mesti xde duit nyer nak bayar kalau tertangkap dengan aku diorang pecah masuk bilik tu..haha! kira berkesan jugaklah ancaman aku ini..(gelak jahat sikit)
#3 - Aku memang pantang kalau aku dah kemas orang buat sepah balik!!
aku akui..tugas sebagai kakak sulung dan ada adik2 yang ramai memang terlalu mencabar buat aku..namun..aku redh0..hewhew..kalau xkemas rumah..abah membebel..kalau aku kemas aku pulak yang membebel..mana x nya..bila kemas kanan..kiri bersepah..kemas bagai nak gila tapi tunggu la xsampai 5 minit mesti bersepah balik..time aku baru lepas kemas la air nak tumpah la..cawan nak pecah la..bom nak meletup la..stress tau x stress!! urgghh!! memang makan penyapu la jawabnye kalau ada adik2 aku buat macam ni..
p/s: yer..gwa memang garang macam singa betina..sampai singa betina pun mintak resign!
#4 - Aku memang pantang kalau benda yang aku xbuat orang tuduh aku buat!!
benda ni memang sentap arr..xsuka ouh kalau benda tu aku xbuat pastu cakap aku buat..siap tambah perisa oren lagi kan dalam tuduhan tu..selalunya kalau kes ni aku memang akan meletup..tapi meletup dengan air mata dulu la kan..aku akan nangis sambil bebel2..(ntah ape jenis perangai tah) kalau aku buat benda tu xpe nak cakap..tapi..kalau aku xbuat jangan nak berani2 cakap eh..ada ke baru-baru ni scandal kan aku dengan remy ishak..sampai dah nak clash dah orang tu..hoi gila ke hoi! agak2 la...
#5 - Aku memang pantang kalau orang tu banyak duit tapi dia nak pinjam duit aku!
sorry to say..aku memang kedekut..eh..ayat yang lebih manis..sayang duit..aku memang berkira sikit kalau orang nak pinjam duit aku ni..bukan apa..dari kecik aku dah diajar utk manage sendiri kewangan aku..aku jenis xsuka meminta-minta duit belanja dari mak ngan abah sebab aku faham diorang nak belanja adik2 aku lagi..kesian kat diorang..so apa yang diorang bagi tu aku akan manage elok2..mana yang xpenting tu aku ketepikan dulu..kalau benda yang betul2 aku nak aku akan kumpul duit aku sendiri..cuma aku xfaham macam mana orang yang konon2 kaya serba serbi lengkap tapi semuanya dengan meminjam..seriusly..aku xle handle dengan orang macam tu..lagi2 kalau dia nak pinjam duit aku yang serba serbi kurang lengkap ni..memang aku akan cuba elak seboleh-bolehnya..tapi kalau rekod dia clean means dia bayar on time macam yang dia janji kan so aku akan pertimbangkan...amacam..? scary?? hehe..sbr dulu..baru sikit kot ni..
I'm actually a very simple person but if you know me very well..cuma jangan wat hal je la kan kalau tak..barulah korang tahu erti penyesalan..
p/s: hair dryer missing in action la pulak..siapa punya keje la ni!!!
till then!
No comments:
Post a Comment